Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 06 Jun 2013 04:05 PM PDT
Georgetown: Empat dipercayai maut manakala tiga cedera parah selepas sebahagian rangka utama susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalam pembinaan runtuh, petang semalam. Bagaimanapun, mengikut beberapa saksi, dipercayai masih ada kenderaan terperangkap apabila sisa jambatan seberat 200 tan itu runtuh di atas Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu itu. Bagaimanapun sehingga jam 12.30 malam tadi, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar enggan mengesahkan jumlah kematian dalam kereta berkenaan. Difahamkan, lebih 10 pekerja sibuk memasukkan simen dalam rongga rangka utama jambatan berkenaan sebelum ia runtuh. Alih struktur runtuh Pengarah Bomba Pulau Pinang, Azmi Tammat, berkata t iga kren digunakan untuk mengalihkan runtuhan. Sementara itu, seorang pemandu lori simen yang berada di tempat kejadian berkata, lima minit sebelum kejadian, dia bersama beberapa pekerja terdengar bunyi retakan disusuli penyambung konkrit rangka jambatan itu bergoyang dan runtuh. Ahmad Saad, 39, berkata dia yang ketika itu berada di dalam lori melompat keluar dan terus berlari menyelamatkan diri sebaik melihat enam pekerja melarikan diri dalam debu yang melingkungi 200 meter kawasan jam kejadian. "Ketika menyelamatkan diri saya melihat dua kereta jenis PROTON Waja dan PERODUA Viva serta sebuah motosikal yang menghala ke Batu Maung dihempap runtuhan. Saya tak pasti nasib mereka. Selamatkan mangsa "Kami segera menyelamatkan dua pekerja iaitu seorang Myanmar yang cedera parah manakala seorang lagi warga Indonesia patah kaki kanan dan dibawa ke HPP," katanya. Ahmad yang yakin ada penumpang dalam kedua-dua kereta itu berharap mereka selamat kerana runtuhan yang berlaku, besar. "Waktu kejadian, jalan menghala Batu Maung dan pusat bandar serta Jambatan Pulau Pinang sibuk berikutan orang balik kerja," katanya. Tinjauan BH mendapati pasukan penyelamat iaitu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan syarikat kontraktor sedang giat mengalihkan runtuhan menggunakan kren. 'Nasib baik lewat 3 saat' Georgetown: "Kami bernasib baik kerana lewat tiga saat, jika tidak pasti kami juga menjadi mangsa runtuhan jambatan ini," kata dua sahabat, G Gajashaantini dan R Thilashantini, masing-masing berusia 24 tahun. Kira-kira jam 7.15 malam tadi, penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan runtuh di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. |
Malaysia tumpu usaha iktiraf wanita Posted: 06 Jun 2013 04:00 PM PDT Pembangunan ekonomi perlu sumbangan kaum hawa: PM Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia kini memberi tumpuan mengiktiraf dan memperkasakan peranan kaum wanita berbanding membincangkan soal melindungi dan repsentasi golongan berkenaan. Perdana Menteri berkata, beliau percaya kejayaan dan taraf sesebuah negara itu diukur berdasarkan status dan kedudukan wanita dalam negara terbabit. Peluang maju ekonomi Malah katanya, kedudukan wanita dalam jawatan tertinggi sektor awam meningkat kepada 33 peratus berbanding 18 peratus, sebelum beliau mengambil alih pucuk pimpinan negara kira-kira empat tahun lalu. "Sekiranya kita mahu membangunkan ekonomi yang lestari dan maju, wanita perlu memainkan peranan utama. Memajukan peluang ekonomi wanita juga bukan perkara sepatutnya dilakukan tetapi perkara bijak yang boleh dilakukan," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Global Wanita 2013 di sini, semalam. Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Presiden Kosovo, Atifete Jahjaga; Naib Presiden Vietnam, Nguyen Thi Doan dan Presiden Sidang Kemuncak Global, Irene Natividad. Hasil dasar transformasi Najib berkata, di Malaysia, wanita memainkan peranan dan memegang jawatan utama, tujuh wanita menerajui jawatan utama dalam sektor awam, termasuk memegang jawatan Ketua Setiausaha kementerian, Gabenor Bank Negara dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU). Katanya, penambahbaikan itu sebahagian hasil dasar disasarkan menerusi Program Transformasi Ekonomi dalam memperkasakan wanita sebagai pembuat keputusan, memperkasa usahawan wanita dan inisiatif memperkasakan ibu tunggal dan wanita pedalaman. "Kita sudah maju, namun perjalanan kita masih panjang. Malaysia pada kedudukan 42 daripada 148 negara dalam Indeks Kesaksamaan Gender di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |