{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


25 jam dihempap

Posted: 07 Jun 2013 07:49 PM PDT

Bebanan konkrit 500 tan

Georgetown: Mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tanjakan konkrit di susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat Batu Maung, di sini, berjaya dikeluarkan pada jam 8.40 malam tadi.

Mayat lelaki yang dikenal pasti sebagai Tajudin Zainal Abidin, 45, ditemui anggota penyelamat, lebih 25 jam selepas operasi menyelamat dilancarkan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertunduk dengan mukanya tersembam pada stereng di tempat duduk pemandu dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

Difahamkan, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya di Permatang Damar Laut, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mayat Tajudin dikenal pasti ahli keluarganya berdasarkan ciri fizikal dan pakaian yang dipakai pada hari kejadian.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan hanya satu mayat ditemui di lokasi kejadian, bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ada mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan itu.

"Kerja pembersihan akan terus dijalankan, namun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan mengenai kehilangan ahli keluarga.
"Begitupun, operasi masih diteruskan kerana kita lihat kemungkinan ada lagi mangsa yang terperangkap berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa terlihat ada kenderaan lain yang tersepit ketika runtuhan selain daripada Perodua Kelisa itu," katanya.

Dalam kejadian 7.15 malam kelmarin, sebahagian tanjakan konkrit di susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 50 meter dari arah Batu Maung yang dalam pembinaan runtuh.

Sementara itu, dua pekerja asing yang terbabit dalam kejadian runtuhan itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Warga Myanmar, Tin Maung Lwin, 39, dan warga Indonesia Slamat, 36, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan kecederaan mereka dilaporkan tidak serius.

Maung Lwin, yang cedera pada paha kanan, berkata ketika kejadian dia sedang melakukan kerja pembinaan di atas jambatan berkenaan.

"Ketika itu saya sedang menuang simen sebelum runtuhan berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di hospital, semalam.

Selamat, pula tidak boleh bercakap kerana mulutnya bengkak dan mengalami kecederaan di muka dan dada.

Manakala, seorang wanita Thilasheni Rajendran, 24, yang kebetulan melalui laluan itu cedera ringan di tangan selepas terkena serpihan runtuhan.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah pula berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa meskipun menggunakan bantuan jengangkat hidrolik.

Ia berikutan konkrit yang runtuh itu terlalu berat, mencecah 500 tan dan menyebabkan tanah menjadi mendap ketika mesin yang digunakan cuba untuk mengangkat bahan binaan itu.

"Bomba terpaksa menggunakan alternatif lain dengan bantuan kren dengan cara mengangkat sedikit konkrit sebelum menarik keluar kereta Kelisa yang tersepit seterusnya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalamnya," katanya.

Beliau berkata, operasi akan diteruskan dengan bantuan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kuala Lumpur bagi membantu mengesan sekiranya ada mangsa lain yang terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

'Unit K9 itu dijangka tiba hari ini akan membantu untuk mengesan sekiranya ada mangsa lagi yang terperangkap.

"Bagaimanapun, setakat ini kita belum menemui sebarang petunjuk kemungkinan ada kereta lain, namun, operasi ini akan diteruskan sehingga kita berpuas hati tidak ada mangsa lain di bawah runtuhan itu," katanya.

'Semalaman ku mencari mu'

Posted: 07 Jun 2013 04:54 PM PDT

Isteri jumpa kereta milik suami terperangkap dalam runtuhan

Georgetown: Usaha seorang isteri mencari suaminya di tempat biasa membeli makanan untuk keluarga berakhir apabila mengetahui kereta PERODUA Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah milik suaminya.

Sharifah Ramli, 40, dari Kampung Permatang Damar Laut, dekat sini, berkata beliau hairan apabila suaminya, Tajudin Zainal Abidin, 45, masih belum sampai ke rumah pada jam 6.30 petang kelmarin seperti kebiasaan.

"Saya nekad mencarinya di medan selera berhampiran Seagate Batu Maung kerana lazimnya dia membeli makanan kepada kami sekeluarga di situ.

"Namun apabila dia masih belum pulang, saya terus keluar mencarinya dan pelik apabila jalan menghala ke lokasi kejadian sesak teruk namun tidak mengesyaki apa-apa ketika itu," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini.

Terdahulu, mayat Tajudin ditemui dalam keadaan tersembam di papan pemuka tempat duduk bahagian pemandu kereta PERODUA Kelisa sebelum berjaya dikeluarkan kira-kira 25 jam selepas kejadian.

Mayat mangsa yang dikeluarkan anggota penyelamat itu dibawa ke HPP untuk bedah siasat. Difahamkan, mangsa memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum jambatan yang dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa.

Dapat petunjuk melalui nombor plat
Sementara itu, ahli keluarga terdekat mangsa yang dikenali sebagai Boy memaklumkan dia mula mendapat petunjuk awal melalui nombor pendaftaran kereta mangsa tetapi belum pasti sehingga disahkan anak perempuan mangsa, Nor Aina Syazwani, 11.

Boy yang juga bekerja di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata, ketika runtuhan itu berlaku dia berada di lokasi kejadian tetapi bekerja di fasa lain.

"Ketika kejadian, saya memang berada di lokasi kejadian tetapi tidak sangka bahawa mangsa adalah keluarga terdekat saya.

"Saya memang syak kereta yang tertimbus itu adalah kereta Tajudin melalui petunjuk awal polis tetapi tidak dapat disahkan lagi sehingga anak perempuan mangsa sendiri mengesahkannya.

"Nombor pendaftaran kereta yang ditemui hanya PKR347 tetapi nombor plat sebenar ialah PKR3470. Namun, selepas disahkan anak perempuan mangsa, kereta itu memang milik Tajudin kerana menurut anak perempuan mangsa angka '0' itu sudah lama hilang sebelum kejadian," katanya.

Difahamkan, kenderaan PERODUA Kelisa yang dipandu mangsa sedang melalui proses pertukaran nama kerana dilaporkan mangsa baru membeli kenderaan berkenaan secara tunai.

Jenazah mangsa akan disembahyangkan dan disemadikan di Kampung Perlis, Bukit Merah hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat