Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 02 Jun 2013 03:56 PM PDT Setiap kali memandang cermin rasa tertekan dan benci melihat susuk tubuh yang gemuk dan berlemak di sana sini sehingga sering menjadi bahan ejekan teman. Diri bagai disisih dan terasing, apatah lagi kebencian pada bentuk badan sendiri menjadikan seseorang itu mulai obses untuk mencantikkan bentuk badan dan mahu menurunkan berat badan sehingga sanggup melakukan apa saja demi memenuhi keinginan untuk kurus. Anoreksia Nervosa atau masalah tabiat makan celaru bukan setakat membabitkan aspek pemakanan tetapi turut berkaitan psikologi penghidapnya yang mengamalkan diet melampau memberi kesan kemudaratan kepada kesihatan, bahkan boleh membawa maut. Begitu juga Bulimia nervosa atau masalah tabiat makan yang menunjukkan kecenderungan sama. Bezanya, ia menunjukkan tanda gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru saja dimakan. Ketagihan kurus Pakar Psikologi Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, berkata satu dalam 100 wanita berusia 12 hingga 18 tahun berkecenderungan mengalami tabiat itu dan hampir 10 peratus lelaki juga terdedah kepada masalah tabiat celaru makan. Keadaan ini mempengaruhi seseorang sehingga timbul masalah psikologi yang dapat dikesan menerusi sikap mereka selain keadaan fizikal jelas kelihatan pucat, tidak bermaya dan terlalu kurus. Mereka juga bertarung dengan emosi atau perasan seperti tidak berharga, sensitif, mudah tersinggung, mudah marah, ras bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi, tidak yakin pada diri, canggung berhadapan orang ramai, cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya dan juga mengalami tekanan berpanjangan, jelasnya ketika membincangkan topik itu, baru-baru ini. Episod makan berulangan Dr Nor Hamidah berkata, sama seperti Anoreksia, Bulimia nervosa juga antara masalah kesihatan akibat tabiat makan yang bercelaru. Pesakit Bulimia akan makan makanan kegemaran dalam jumlah banyak dan kemudian muntah semula. Jelasnya, penghidapnya bertindak menjolok anak tekak atau menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan semula makanan diambil kerana terlalu ingin mengurangkan berat badan dan pada masa sama, masih boleh memakan makanan kegemaran mereka. Malangnya tindakan itu bukan saja mencederakan anak tekak tapi asid perut turut dibuang bagi memastikan tiada makanan tersisa. Tabiat kerap muntah juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan garam dalam tubuh (elektrolit). Ia boleh menyebabkan kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur. Bulimia memberi kesan buruk kepada seluruh tubuh seperti tidak datang haid, cenderung untuk sembelit dan dehidrasi. Kulit juga berubah kering dan berkedut, rambut dan kuku mudah pecah akibat kekurangan zat. Malah kekurangan mineral dan vitamin juga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, katanya. Derita diet terlampau Terdahulu, Pengurus Diet Gleneagles Kuala Lumpur, Lim Ai Leng menjelaskan aspek pemakanan haruslah diberi penekanan agar tubuh badan sihat. Selain itu pemakanan betul dapat membekalkan tenaga agar kelihatan segar dan cerdas. Katanya, penderita Anoreksia boleh menyebabkan berat badan menurun antara 25 hingga 50 peratus daripada berat badan mereka. Badan mereka juga akan merasa lemah, tidak bertenaga dan sukar memberi tumpuan. Anoreksia boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. Rawatan dan pemulihan diberikan adalah dengan menerangkan kepada mereka mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi latihan senaman betul untuk jangka masa panjang. Penghidap Anoreksia juga akan mengalami gangguan degupan jantung, rembesan hormon terjejas, gangguan kitaran haid, kemandulan, tulang rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan gangguan pada sistem saraf. Kemahiran lain seperti pembinaan harga diri yang baik, memperbaiki perhubungan keluarga yang positif dan memperkukuhkan jalinan sokongan psikososial juga penting bagi penghidap Anoreksia, jelasnya. Gandingan faktor Bulimia Seiringan itu, Lim berkata merawat pesakit Bulimia adalah usaha bersama pelbagai pihak. Pakar perlu meyakinkan pesakit bahawa dia perlu percaya, sanggup bekerjasama dan bersifat terbuka untuk pulih sepenuhnya kerana banyak pembaharuan dan perubahan perlu dilakukan membabitkan gaya hidup pesakit dan keluarga. Berpendapat motivasi pesakit perlu dibangunkan kerana untuk pulih ia masih bergantung kepada disiplin dan kekuatan dalaman pesakit, katanya, corak psikologi memainkan peranan penting untuk mengubah nafsu makan mereka. Pesakit Bulimia terlalu tertekan dan sangat beremosi, jadi mengikut fasa tertentu kami mengajar mereka teknik untuk membina harga diri, bertenang, menilai semula cara senaman mereka dan mengubahsuai cara mereka bersenam selepas mengenal pasti masalah psikologikal lain. Bulimia bukan disebabkan banyak faktor termasuk budaya penjenamaan sosial sering dipaparkan media cetak dan elektronik seperti tubuh langsing, kulit cerah yang dilabelkan sempurna dan ideal. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |