{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


FAM bukan denda, beri PBNP untung: Khairy

Posted: 31 May 2013 04:10 PM PDT

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) tampil mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA.

Menurutnya, persatuan berkenaan gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang seharusnya diadakan di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu membabitkan Pahang menentang Johor Darul Takzim.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

FAM nafi berat sebelah, tak adil isu tiket

Posted: 31 May 2013 04:07 PM PDT

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal dakwaan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menuduh badan induk bola sepak negara itu tidak adil dalam menangani isu perlawanan semula pertemuan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim.

Mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ke-24 pada Rabu lalu memutuskan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor DT perlu diadakan semula di gelanggang berkecuali, Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dan Pahang kekal sebagai tuan rumah.

Hak tuan rumah

FAM mengelolakan perlawanan ini dengan bantuan PBNP sebagai tuan rumah yang mempunyai hak ke atas semua aspek pengelolaan perlawanan termasuk peruntukan tiket kepada pasukan pelawat, Johor Darul Takzim, kata FAM dalam satu kenyataan semalam.

Peruntukan 60,000 tiket kepada Pahang dan 20,000 untuk dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil dipersetujui semua pihak dalam mesyuarat yang dihadiri wakil PBNP dan PBNJ, jadi FAM menyangkal sekeras-kerasnya tanggapan yang FAM tidak adil atau berat sebelah.

Wakil PBNJ ada bersama dalam mesyuarat berkenaan. Keputusan mengenai pengagihan tiket juga selaras dengan Perkara 3.8.1 Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 dan Perkara 5 Peraturan Keselamatan FAM.

Agihan tiket
FAM hanya bertanggungjawab dalam hal pengelolaan teknikal saja, manakala urusan pengelolaan bukan teknikal seperti harga tiket, jumlah jualan atau agihan tiket kepada pasukan pelawat adalah dalam bidang tugas PBNP.

Penjelasan FAM itu merujuk kepada kenyataan PBNJ yang tidak berpuas hati dengan pengagihan tiket separuh akhir kedua Piala FA yang diadakan semula selepas perlawanan sebenar di Stadium Darul Makmur Selasa lalu dibatalkan akibat kekecohan penonton.

Selain mempersoalkan pengagihan tiket yang dirasakan tidak adil, PBNJ turut menyarankan supaya perlawanan diadakan di stadium kosong bagi memastikan tiada insiden buruk tercetus.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat