{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Janji Subahan!

Posted: 10 Jun 2013 01:21 PM PDT

Pengurus cabar pengkritik Harimau akan buktikan Oktober ini

"Jangan kita terlalu cepat melatah," kata pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal yang meminta pengkritik dan peminat bola sepak tanah air lebih bersifat positif.

Dia beranggapan kecaman memuncak sejurus selepas skuad bimbingan Datuk K Rajagobal tewas 2-3 kepada Canberra FC, Khamis lalu sebagai agak keterlaluan tanpa memberi 'ruang nafas' kepada skuad Harimau dalam perlawanan persahabatan pertama sempena kem latihan dua minggu di Canberra dan Sydney, Australia.
Saya harap peminat dan pengkritik tidak melihat dari sudut negatif. Tak guna jika kami menang sekarang tetapi pada kejohanan sebenar tewas." Datuk Seri Subahan Kamal

Sebaliknya Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melaungkan janji bahawa segala persiapan dan perancangan pasukan negara ketika ini pasti akan membutirkan hasil apabila saingan Kelayakan Piala Asia 2015 bersambung, Oktober ini.

"Saya harap peminat dan pengkritik tidak melihat dari sudut negatif. Tak guna jika kami menang sekarang tetapi pada kejohanan sebenar tewas.

"Kami tahu apa yang kami buat. Yang penting saya mahu pasukan menang pada perlawanan di tempat sendiri menentang Bahrain (15 Oktober) dan Qatar (19 November). Ini peluang terbaik untuk kita layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Kami akan buktikan," kata Subahan ketika dihubungi di Sydney, semalam.

Skuad Harimau Malaya akan meneruskan aksi kedua bertemu kelab Liga Perdana NSW, Sydney Olympic di Belmore, Sydney, 5 petang ini (7 malam waktu Australia) dan kemenangan amat diperlukan bagi mengelak terus menerima kritikan.
Keupayaan sebenar barisan 26 pemain pilihan Rajagobal untuk menumbangkan Sydney Olympic bakal teruji memandangkan skuad kebangsaan Australia pernah membelasah kelab berkenaan 7-2 pada aksi persahabatan, 15 Mei lalu.

"Ketika mereka tewas 7-2 kepada Australia, aksi babak pertama terikat 2-2. Jadi nampak kuat juga sebenarnya kelab ini. Apa pun saya harap kita akan menang ke atas Sydney Olympic dan dapat memperlihatkan gandingan terbaik di setiap posisi," tegas Subahan.

Dalam pada itu, mengenai pertukaran pasukan lawan iaitu Sydney Olympic dan bukannya Sydney United seperti dinyatakan pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya, 28 Mei lalu, Subahan berkata: "Mungkin saya tersilap sebut Sydney United ketika itu selepas mendapat maklumat daripada penolong jurulatih, Tan Cheng Hoe. Jadi memang mengikut jadual kita bertemu Sydney Olympic ini."

Skuad Harimau Malaya bakal menamatkan siri tiga aksi persahabatan di Australia dengan bertemu juara Liga Perdana NSW musim lalu, Marconi Stallions, Khamis ini.

Jadual hari ini: 5 ptg waktu Malaysia
Harimau Malaya mln Sydney Olympic
(Stadium Belmore, Sydney)

Peluang Frenz Malaysia A curi satu mata

Posted: 10 Jun 2013 01:14 PM PDT

Kuala Lumpur: Frenz Malaysia A berpeluang memperbaiki kedudukan dalam Kumpulan A Piala ASEAN Frenz B-15, hari ini untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan pendahulu, Vietnam PVF FA yang kini mengutip tujuh mata selepas tiga perlawanan.

Skuad kendalian Mat Dinos Talib yang mengumpul empat mata selepas dua perlawanan akan kembali beraksi di laman sendiri - Stadium Frenz, Janda Baik – melayan kunjungan Timor Leste B-15 yang baru merakam satu keputusan seri dan satu kalah.

"Ini peluang terbaik memperbaiki kedudukan selepas kita tercicir dua mata ketika bertemu Phnom Penh Crown FC di Kemboja minggu lalu," kata Mat Dinos. "Kelebihan beraksi di tempat sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemain.

"Tetapi pada masa sama kita tidak boleh terlalu yakin atau mengambil mudah cabaran lawan yang sudah pasti dahagakan kemenangan. Fokus adalah faktor penting untuk memastikan tiga mata dalam genggaman."

Frenz A turut berpeluang mendahului carta kumpulan sekiranya merakam kemenangan besar, namun bagi Mat Dinos, apa yang lebih penting ialah mengutip tiga mata pada setiap perlawanan di peringkat kumpulan ini.

Dua teratas mara
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir, dan satu lagi pasukan tempatan, Frenz B juga masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan kejohanan format liga yang julung kali diadakan ini.

Frenz B kendalian Zulkiflie Sameon kini di tangga kedua Kumpulan B selepas terlepas peluang memintas pendahulu, Frenz Indonesia di Bandung, Indonesia Sabtu lalu.

Namun kedudukan Frenz B yang mengutip lima mata setakat ini, mampu dipintas penghuni tangga ketiga, Myanmar Mandalay FA yang menentang Brunei B-15 di Stadium Hassanal Bolkiah hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat