Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 12 Jun 2013 01:45 PM PDT Shahidan kini berhujah selaku 'orang berkuasa' uji FAM Kuala Lumpur: Adakah cabaran dilaungkan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin sebagai usaha memperlekeh sistem perundangan badan induk bola sepak negara itu? Mungkinkah kritikan terbaru Shahidan itu tidak lagi boleh dikategorikan sebagai melanggar Artikel 88, sebaliknya hanya kritikan seorang menteri yang pernah memegang jawatan dalam persatuan sukan. Mungkinkah FAM terpaksa mengkaji terlebih dahulu kenyataan terbaharu Shahidan itu sebelum mengambil tindakan lanjut. Mahu uji FAM Bekas Menteri Besar Perlis yang kelihatan seperti sudah berpatah arang dengan FAM yang menggantungnya 30 bulan berserta denda RM39,000 Februari lalu, seakan mahu menguji sejauh mana persatuan itu mampu melarangnya daripada bersuara. Berpandukan arahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melarang Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen daripada memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan sukan sejak 2007, jawatan Shahidan dikira terlucut secara automatik dalam mana-mana persatuan sukan selepas dia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Atas dasar itu, mungkinkah kritikan terbaru Shahidan itu tidak lagi boleh dikategorikan sebagai melanggar Artikel 88, sebaliknya hanya kritikan seorang menteri yang pernah memegang jawatan dalam persatuan sukan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (FAM), Ednan Othman, berkata badan induk itu perlu melihat sama ada tindakan boleh diambil terhadap Shahidan atau sebaliknya, memandangkan bekas menteri besar Perlis itu, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri. |
Kelantan umum 30 Jun cuti peristiwa Posted: 12 Jun 2013 01:40 PM PDT Kota Bharu: Kerajaan negeri semalam, mengumumkan 30 Jun ini sebagai cuti peristiwa bagi membolehkan penyokong Kelantan yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, sehari sebelum itu, pulang dengan selamat. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata kerajaan negeri dalam mesyuarat EXCO semalam bersetuju memberi cuti peristiwa sempena dengan perlawanan akhir itu.
"Bagi memastikan mereka tidak tergesa-gesa pulang ke Kelantan kerana terpaksa bekerja keesokan harinya, kerajaan negeri mengambil langkah memberikan cuti peristiwa pada 30 Jun," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Kelantan akan menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada final Piala FA 29 Jun ini. Kerajaan negeri sebelum ini pernah beberapa kali mengumumkan cuti peristiwa selepas Kelantan muncul naib juara Piala Malaysia pada 2009 dan menjuarainya setahun selepas itu. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |