Berita Harian: Sukan
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Sukan |
Posted: 26 Jun 2013 03:11 PM PDT Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian penyokong Kelantan mencetuskan kekecohan selepas gagal membeli tiket final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 295 kanun sama, melakukan rompakan berkumpulan. Terima tiga laporan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata polis menerima tiga laporan yang dibuat penyokong dan penjual tiket, kelmarin. "Polis sudah membuka dua kertas siasatan masing-masing mengikut Seksyen 147 dan 295 Kanun Keseksaan. "Setakat ini masih belum ada tangkapan dilakukan kerana siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Keadaan bertambah buruk apabila mereka bertindak ganas dengan menendang salah satu pintu masuk stadium sehingga rosak dan mengejar kakitangan KAFA sebelum merampas tiket Liga Super membabitkan aksi Kelantan dan Pahang, malam kelmarin. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 26 Jun 2013 03:10 PM PDT Johor Bahru: Lebih 1,000 penyokong Johor Darul Takzim (DT) yang datang seawal jam 6.30 pagi dan terpaksa berbaris panjang untuk membeli tiket final Piala FA, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini, semalam kecewa selepas dimaklumkan penjualan tiket hanya dibuat hari ini. Seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengumumkan penangguhan penjualan tiket itu pada jam 9.35 pagi semalam ketika penyokong sudah berbaris selama kira-kira tiga jam. Penjualan tiket terpaksa ditangguhkan Biarpun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak PBNJ, sumber dalaman persatuan itu memberitahu, penjualan tiket terpaksa ditangguhkan kerana masalah teknikal apabila PBNJ hanya menerima tiket berkenaan, lewat petang kelmarin. "Selepas menerima tiket itu, pihak PBNJ perlu menyusun dahulu tiket berkenaan mengikut nombor siri, melakukan audit penjumlahannya serta membuat agihan tiket berkumpulan yang sudah ditempah. "Oleh kerana semalam (kelmarin) turut berlangsung perlawanan Liga Super antara Johor DT dan FELDA United, pihak PBNJ kesuntukan masa dan sebab itu tiket hanya dapat dijual bermula jam 8.30 pagi ini," kata sumber itu, semalam. Bohari Sarel dari Pontian, berkata tindakan PBNJ itu menganiaya dan menyusahkan mereka. PBNJ tidak boleh buat begini. Kami datang bukan sahaja dari Johor Bahru, malah dari Mersing, Muar, Kluang, Batu Pahat dan Pontian. Kami datang dengan duit belanja kami sendiri dan selepas datang dari jauh dan menunggu lama, kami dimaklumkan tiket final Piala FA hanya akan dijual esok (hari ini). Terpaksa datang semula "Esok kami terpaksa datang semula dan berharap PBNJ tidak mengumumkan pula tiket sudah habis dijual, katanya. Wakil Kelab Penyokong Bola Sepak Larkin Jaya, Rusli Ahmad, berkata beliau runsing apabila permohonan 400 tiket untuk rombongan ke Bukit Jalil, Sabtu ini yang sudah diluluskan tiba-tiba dibatalkan, kelmarin. "Permohonan dibuat 10 Jun lalu, tetapi semalam (kelmarin) duit saya dipulangkan semula oleh wakil Johor Fan Club atas alasan tiada tiket. Macam mana saya nak jawab kepada 400 ahli kelab, selain sudah membayar deposit untuk sewa bas ke Bukit Jalil. "Saya buntu sekarang mana nak dapat 400 tiket itu. Harap PBNJ beri kerjasama kerana saya mengikut saluran yang betul, katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |