felda chuping - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chuping - Google Blog Search |
UPP tahan 31 warga asing di <b>Felda Chuping</b> ABN News | BM Posted: 06 Jun 2013 02:40 AM PDT PADANG BESAR – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan 31 warga asing termasuk tujuh wanita di kawasan Felda Chuping dekat sini awal hari ini. Komander UPP kawasan Chuping, Asisten Supritendan Syed Basri Syed Ali berkata, mereka yang berumur antara dua dan 60 tahun terdiri daripada 24 warga Myanmar termasuk tujuh wanita, enam lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga India. Katanya, lapan anggota risik UPP Chuping melakukan intipan selama seminggu sebelum mengesan kumpulan itu berhampiran sebuah kandang kuda di Felda Chuping dan menahan mereka pukul 3.30 pagi. Intipan dilakukan selepas kejayaan UPP Chuping menahan dua kumpulan pendatang tanpa izin di kawasan ladang tebu pada Mei lepas. Kumpulan pertama membabitkan 29 pendatang tanpa izin ditahan 26 Mei lalu manakala kumpulan kedua membabit 21 pendatang ditahan pada 29 Mei lepas. Siasatan awal ke atas kumpulan yang ditahan sebelum ini mendedahkan terdapat lagi kumpulan warga asing sedang bersedia memasuki negara ini. Mengenai kumpulan ketiga yang ditahan awal hari ini, Syed Basri berkata mereka dipercayai membayar antara RM6,500 dan RM7,000 kepada sindiket yang berjanji menguruskan perjalanan mereka dari Thailand ke Malaysia. Kumpulan pendatang itu dipercayai berjalan kaki selama lima hari di Thailand sebelum tiba di sempadan Malaysia dan akhirnya ditahan UPP. Syed Basri berkata, kesemua pendatang asing itu diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. Mereka disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama |
Blog Felda: <b>felda chuping</b> - Google Blog Search Posted: 07 May 2013 12:00 AM PDT Kategori Berita LainPM Setuju Pembangunan Bandar Felda Chuping -Dr. Md IsaKANGAR, 24 Ogos – Sebuah bandar baru bakal diwujudkan di kawasan Beliau berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 800 hektar untuk dimajukan sebagai bandar baru dan cadangan itu juga telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat Perlis pada Jumaat lepas. Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, Md Isa berkata, Perdana Menteri telah bersetuju dengan rancangan pembangunan di tanah milik Felda itu dan bersedia menimbang peruntukan untuk memajukannya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). Beliau berkata, antara komponen pembangunan yang dicadangkan di kawasan bandar baru yang terletak tidak jauh dari Padang Besar itu ialah perumahan, industri, perniagaan dan rekreasi. "Perdana Menteri akan melawat Perlis Disember ini, yang antara lain (ialah) untuk melihat perkembangan cadangan memajukan kawasan itu," katanya. Md Isa berkata, pembinaan bandar baru itu tidak akan melenyapkan industri gula di Perlis kerana kilang memproses bahan keperluan itu, yang terletak di kawasan berhampiran, akan terus beroperasi. Mengenai nama bandar baru yang bakal diwujudkan itu, beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum mempunyai sebarang cadangan. Bagaimanapun, cadangan pembangunan bandar baru itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam tempoh terdekat, katanya. Sebelum itu, Md Isa menyerahkan sumbangan zakat Koperasi Permodalan Felda Berhad berjumlah RM218,000 dan Felda Holding Sdn Bhd sebanyak RM6,800 kepada Baitulmal Perlis. Hadir sama pengerusi Baitulmal Perlis Datuk Abu Bakar Ahmad yang menerima sumbangan zakat itu, pengarahnya Sokri Hussin serta pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Malik Hussin. -Bernama Berita Bertarikh Pada 25 August 2010 7:29 AM |
You are subscribed to email updates from felda chuping - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |