{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda chuping - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda chuping - Google Blog Search


UPP tahan 31 warga asing di <b>Felda Chuping</b> ABN News | BM

Posted: 06 Jun 2013 02:40 AM PDT

PADANG BESAR – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan 31 warga asing termasuk tujuh wanita di kawasan Felda Chuping dekat sini awal hari ini.

Komander UPP kawasan Chuping, Asisten Supritendan Syed Basri Syed Ali berkata, mereka yang berumur antara dua dan 60 tahun terdiri daripada 24 warga Myanmar termasuk tujuh wanita, enam lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga India.

Katanya, lapan anggota risik UPP Chuping melakukan intipan selama seminggu sebelum mengesan kumpulan itu berhampiran sebuah kandang kuda di Felda Chuping dan menahan mereka pukul 3.30 pagi.

Intipan dilakukan selepas kejayaan UPP Chuping menahan dua kumpulan pendatang tanpa izin di kawasan ladang tebu pada Mei lepas.

Kumpulan pertama membabitkan 29 pendatang tanpa izin ditahan 26 Mei lalu manakala kumpulan kedua membabit 21 pendatang ditahan pada 29 Mei lepas.

Siasatan awal ke atas kumpulan yang ditahan sebelum ini mendedahkan terdapat lagi kumpulan warga asing sedang bersedia memasuki negara ini.

Mengenai kumpulan ketiga yang ditahan awal hari ini, Syed Basri berkata mereka dipercayai membayar antara RM6,500 dan RM7,000 kepada sindiket yang berjanji menguruskan perjalanan mereka dari Thailand ke Malaysia.

Kumpulan pendatang itu dipercayai berjalan kaki selama lima hari di Thailand sebelum tiba di sempadan Malaysia dan akhirnya ditahan UPP.

Syed Basri berkata, kesemua pendatang asing itu diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat