felda jenderak - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jenderak - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda jenderak</b> - Google Blog Search Posted: 07 Jun 2013 01:08 AM PDT SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENDERAK UTARA Pertama En. Omar Hashim Bin Awang Kecik Kedua En. Saamri Bin Yusof Ketiga En. Yeo Keang Wang Keempat Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil Kelima En. Samjis Bin Abdul Manaf (pemangku) Keenam En. Ibrahim Bin Abdullah Ketujuh En. Jamlus Bin Mohamed Kelapan En. Abdul Rahman Bin Wi Kesembilan Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman Kesepuluh En. Mat Saman Bin Abdul Rahman Kesebelas Pn. Zamiah Binti Salleh Keduabelas En. Mussana Bin Abdul Mubin Ketigabelas En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi Keempatbelas En. Rahmad Bin Mohd Rais Kelimabelas En. Abdul Khalid Bin Bujang Keenambelas (16) (XVI) Pn. Hajah Ruziah Binti Haji Ghazali SEJARAH SEKOLAH Pada 29/10/1974, Lembaga Pengurusan Sekolah telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu perjalanan pentadbiran sekolah dan Lawatan Pertama Pegawai PPSK Daerah Temerloh iaitu En. Abdul Wahab Bin Sidek pada 02/05/1974 sebagai fungsi memerhatikan perjalanan bagi setiap peranan dan pentadbiran sekolah. Murid ketika itu seramai 31 orang dan guru 4 orang termasuk guru besar. Pada 08/05.1974 sekolah telah menerima guru untuk subjek agama Islam dan menjadikan jumlah guru seramai lima orang Selain itu, sukan tahunan sekolah ini turut diadakan temasyanya buat kali pertama pada 25/08/1975 yang dirasmikan oleh En. Abdul Wahab Bin Sidek yang merupakan pegawai PPSK Daerah Temerloh. Diawal persekolahan pada tahun 1976 iaitu pada 05/01/1976 jumlah murid meningkat kepada 179 orang dan jumlah guru masih lima orang termasuk Guru Besar. Pada tarikh 02/09/1976, pihak kerajaan telah membina 5 unit rumah kerajaan termasuk 1 unit rumah Guru Besar dan dengan itu, jumlah guru telah bertambah menjadi sembilan orang termasuk guru besar. Oleh sebab meningkatnya pertambahan murid pada tahun 1977 sekolah terpaksa dibuka dua sidang iaitu pagi dan petang kerana kekurangan bilik darjah. Dari segi pentadbiran ia telah menambahkan lagi kesulitan. Pada tarikh 19/09/1978, En. Omar Hashim iaitu Guru Besar telah mengasaskan pembukaan sekolah ini telah diarahkan oleh ketua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran malaysia menyerahkan jawatannya kepada En. Ramli Bin Othman, guru penolongnya. Pada 03/1/1979, En. Ramli Bin Othman telah bertukar dan jawatan Guru Besar digantikan kepada En. Abu Hanifah Bin Haji Abdullah. Tugas beliau tamat pada 09/1/1979. Pada 10/1/1979, En. Saamri Bin Yusof pula dilantik menjadi pemangku jawatan Guru Besar sekolah ini dan sehingga berakhir pada 31/12/1979. Pada tarikh 1/1/1980, En Yeoh Keang Wang, telah dilantik menjadi Guru Besar dan berakhir pada 15/08/1980. Pada 16/08/1980, Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil mengambil alih tugas sebagai guru besar sekolah ini sehingga penghujung tahun 1982. Pada 1/1/1983, En. Samjis Bin Abdul Manaf telah bertugas sebagai pemangku jawatan Guru Besar di sekolah ini sehingga la pada tarikh 30/04/1983 dan sewaktu di bawah pentadbiran beliau terdapat dua buah bilik darjah telah dibina dalam tahun semasa beliau menjadi pemangku Guru Besar. Pada tarikh 1/05/1983, giliran En. Ibrahim Bin Abdullah yang dilantik menjadi Guru Besar. Dalam masa perkhidmatannya pihak kerajaan telah membina tiga lagi bilik darjah dan ia adalah sebuah projek kilat bagi sekolah ini. Tidak lama kemudian, terdapat lapan lagi bilik darjah ditambah bagi menampung keperluan bagi sekolah yang sedang dalam perancangan untuk peningkatan taraf bilik darjah dalam tahun tersebut. Setelah empat bulan berikutnya, iaitu pada 1/09/1985 sekolah ini dinaikkan ke gred A setelah gred B yang pernah di nobatkan pada 01/01/1980 dan pada sebelum tahun 1980 sekolah ini hanya mendapat kedudukan gred C sahaja. Pada tarikh tersebut juga, En. Jamlus Bin Mohamed telah dilantik menjadi Guru Besar dan pada tarikh 1/1/1986, sekolah ini telah menerima seorang Guru penolong Kanan kat C2, tingkatan khas iaitu En. Othman Bin Chik. Pada 1/01/1989, En. Abd Rahman Bin Wi dilantik menjadi guru besar yang hanya bertahan selama sebulan sehingga beliau digantikan oleh Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman pada 1/02/1989 selama tempoh empat tahun sebelum beliau bertukar ke SK Bandar Mentakab pada 1/07/1993. Dalam minggu pertukaran tersebut juga beliau digantikan oleh En. Mat Saman Bin Abdul Rahman sebagai Guru Besar sekolah ini sehingga tarikh 15/02/1995 dan seterusnya digantikan oleh Pn. Zamiah Binti Salleh yang merupakan Guru Besar wanita pertama yang berkhidmat di sekolah ini sehingga beliau bertukar ke SK (FELDA) Jengka 23 pada 31/10/1996 dan beliau digantikan oleh En. Mussana Bin Abd Mubin dari tarikh 1/11/1996 sehingga tarikh 6/08/1998 yang mana beliau ditukarkan ke SK Abu Bakar Mentakab pada tahun tersebut. Pada tarikh 7/08/1998 En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi telah dihantar ke sekolah ini sebagai guru besar yang seterusnya menggantikan guru besar yang telah bertukar dan tempoh perkhidmatan beliau adalah dari tahun 1998 sehingga tahun 2000 iaitu pada akhir bulan Mac tahun tersebut. Seterusnya guru besar yang baru adalah dari tarikh 1/04/2000 iaitu En. Rahmad Bin Mohd Rais yang mana tempoh perkhidmatan beliau adalah yang paling lama di sekolah iaitu selama enam tahun sehingga beliau bersara pada 15/02/2006 dan seterusnya beliau digantikan oleh En. Abdul Khalid Bin Bujang yang mula berkhidmat pada 16/02/2006 dan dalam tempoh perkhidmatan beliau, banyak prasarana dan infrastruktur serta kemudahan sekolah telah ditambah dan dinaik taraf menjadi sekolah yang memperolehi pengikhtirafan unggul dan setanding dengan sekolah lain dari segi kokurikulum, pendidikan, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sewaktu perkhidmatan beliau terdapat bangunan baru empat tingkat yang bakal dirancang untuk dibangunkan di sekolah ini sebagai bilik darjah tambahan selain sebagai bilik tayangan, kelas pafa, kelas fardu ain, surau dan bilik seni yang bakal didirikan di bangunan yang dirancang tersebut. Tempoh perhidmatan beliau tamat pada 22/08/2010 yang mana tempoh pentadbiran beliau adalah selama empat tahun enam bulan dan digantikan oleh Pn. Hjh Ruziah Binti Hj Ghazali iaitu Guru Besar sekolah ini yang ke enambelas dan mula berkhidmat dari tarikh 23.08/2010 sehingga sekarang. |
<b>felda jenderak</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 01 Jun 2013 01:09 AM PDT Beberapa orang anggota RELA dari Felda Jenderak Selatan dan anggota-anggota Pekida yang pro-rakyat di Felda Jenderak Selatan serta rakan-rakan dari pengurusan rancangan Felda segera memberitahu kami akan perancangan pencacai-pencacai UMNO dan wakil dari wakil rakyat untuk membuat kacau dan menghalang ceramah Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Felda Jenderak Selatan malam esuk - 22.2.13. Mereka itu turut hadir didalam mesyuarat yang dianjurkan dan diantara yang hadir adalah pegawai-pegawai Felda, RELA, SRS, UMNO, pegawai-pegawai Kerajaan, Ketua Kampung dan Polis. Mesyuarat itu mengambil keputusan untuk menghalang ceramah yang akan diadakan tersebut. Bagaimana pun setelah mesyuarat itu berakhir kami segera mendapat berita daripada mereka yang hadir mesyuarat itu dan mereka memberi jaminan bahawa mereka tidak mahu terlibat dengana perbuatan jahat dan keji yang bertentangan dengan undang-undang yang disyorkan oleh UMNO Cawangan Felda Jenderak Selatan. Namun mereka tidak menyatakan pendirian mereka semasa mesyuarat itu. Asas penentangan mereka terhadap ceramah yang akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Selatan itu kononnya ceramah itu tidak memiliki Permit Polis. Kita juga berasa hairan kenapakah wakil Polis yang hadir itu tidak menasihatkan mesyuarat itu bahawa sebarang perhimpunan yang hendak diadakan tidak memerlukan PERMIT POLIS seperti yang termaktub didalam Undang-Undang Baru di bawah Akta Perhimpunan Aman. Di bawah undang-undang yang kini telah terbatal dibawah Seksyen 27 Akta Polis, sebarang perhimpunan memerlukan permit polis. Itu pun tertakluk kepada proviso bahawa jika perhimpunan itu diadakan didalam sebuah premise, ia tidak memerlukan permit. Di bawah Akta Perhimpunan Aman yang baru dikuatkuasakan keperluan mendapatkan permit polis tidak diperlukan. Dengan peruntukan Akta baru itu kenapa mesyuarat berkenaan mengambil keputusan bahawa ceramah tersebut mesti mendapat permit polis dan kebenaran Pengurus Felda? Kenapa polis yang hadir mesyuarat itu tidak bersuara dan mengenengahkan peruntukan undang-undang? Ataukah, polis yang hadir itu juga termasuk sebagai pencacai UMNO? Dari sudut undang-undang, ceramah yang akan diadakan malam esuk mengikut prosedure dan mengikut peraturannya; Pakatan Rakyat tidak menyalahi undang-undang, maka jika ceramah kami, atau kemasukan orang luar untuk mendengar ceramah itu diganggu, adakah kami bersalah jika mengambil tindakan supaya ceramah yang halal itu dapat berjalan dengan lancar? Ini bukan kali pertama UMNO Felda Jenderak Selatan (atau lebih tepat lagi 5 atau 6 orang pimpinan/pencacai UMNO Jenderak Selatan) mengganggu ceramah PR. Setahun lalu, mereka mengganggu ceramah oleh YB Saifuddin Nasution, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dato Fauzi Abdul Rahman. Tempat ceramah dikepung oleh Polis dan pihak Polis dengan bongkaknya memerintahkan ceramah itu supaya diberhentikan. Namun apabila saya bertanya kenapa ceramah itu mesti diberhentikan, Polis itu menjawab bahawa ceramah itu tidak ada permit! Bila saya tanya kenapa ceramah yang tidak ada permit perlu diberhentikan? Polis itu menjawab bahawa ceramah itu tidak ada permit!! Sekali lagi saya tanya kenapa ceramah yang tidak ada permit mesti diberhentikan? Polis itu sudah nampak marah kepada saya. Saya kata, kalau nak tangkap, tangkaplah saya. Esuk lusa saya akan dijamin keluar dan Insya Allah saya akan kemukakan saman. Secara seloroh saya berkata: "Saya belum cukup lagi duit untuk bertanding ni, kalau dapat duit gantirugi RM200,000.00 dari saman ini nanti, bagus juga." Polis itu menjawab bahawa dia tidak nak tangkap saya, dan saya kata kalau tidak nak tangkap saya, maka lepaskan tangan saya! Kemudian saya beri syarahan undang-undang kepada Polis itu. Saya katakan bahawa ceramah yang dibuat didalam rumah tidak memerlukan permit, tidak termasuk didalam Seksyen 27 Akta Polis. "Kalau awak tangkap saya, bagus jugak, dapat nanti saya duit free RM200,000.00 dari awak; saya akan saman awak secara peribadi kerana melanggar undang-undang dan saya akan saman jabatan awak." Akhirnya Pegawai Polis itu berundur dan dia menghulurkan jabatan tangan dan salam kepada saya. Esuknya saya dapat tahu pencacai UMNO di Felda Jenderak Selatan itu memaki-maki Polis kerana takut mengambil tindakan. Kami kenal pencacai-pencacai UMNO itu dan kali ini kami akan saman mereka!!! |
You are subscribed to email updates from felda jenderak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |