{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Getaran Parkinson

Posted: 12 Jun 2013 05:19 PM PDT

Terasa seperti manusia disumpah menjadi batu. Segala pergerakan keras dan kaku secara tiba-tiba dan disebabkan itu lelaki itu terpaksa membataskan rutin hariannya.

Jika dulu, beliau suka menghabiskan masa lapangnya dengan aktiviti membaiki alat peralatan elektrik, kini Abdul Majid Abdul Rahman, 60, terpaksa meninggalkan hobinya kerana tidak boleh memberi fokus kerja itu terlalu lama.

Walaupun punca penyakit masih belum diketahui, ia boleh dikaitkan dengan genetik dan faktor persekitaran.
Bergantung pada ubat dibekalkan pihak hospital dan penjagaan isterinya, bekas anggota askar pencen itu juga tidak pernah menyangka dirinya akan diserang Parkinson memandangkan kesihatannya normal.

"Sejak 15 tahun lalu, saya terpaksa bergantung dengan ubat untuk melegakan kesakitan saya. Badan akan mula kaku dan ketar apabila ubat habis dan pengambilannya perlu mengikut masa.

"Mujurlah isteri banyak membantu dan keluarga juga memberi sokongan kerana jiwa saya kini makin sensitif dengan keadaan sekeliling. Keadaan diri yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda juga membuatkan saya terasa seakan hilang semangat," jelasnya ketika ditemui di Persatuan Parkinson Malaysia (MDA), baru-baru ini.

Sembunyi kesedihan
Biarpun pernah menyembunyikan keadaan dirinya daripada pengetahuan isteri kerana sukar menerima kenyataan, bapa kepada lima anak itu, berkata beliau amat terharu apabila isterinya sanggup melepaskan jawatan sebagai pengetua sekolah demi menjaganya.

"Pengorbanan isteri tidak mampu saya balas. Syukur berkat pengorbanannya dan kecekalan ditunjukkan membuat saya menjadi lebih kuat dan mula menghargai setiap masa dimiliki sekali gus mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.

"Isteri juga tidak pernah jemu melayan kerenah agar saya tidak terasa terasing daripada kehidupan. Sememangnya tidak sama apabila dijaga oleh jururawat berbanding insan yang kita cintai," katanya.

Berkongsi pengalaman dalam menjalankan tuntutan sebagai isteri, Siti Khalijah Isa, memberitahu biarpun terpaksa melepaskan kerjayanya demi menjaga suami beliau sedikit pun tidak kesal.

"Biarpun terpaksa mengambil masa untuk melepaskan sepenuhnya jawatan disandang, ia tidak menyedihkan berbanding mengenangkan keadaan suami yang terpaksa ditinggalkan dengan jururawat.

"Pada mulanya memang sukar untuk mengawal keadaan terutama apabila tiba masa membawa suami ke tandas kerana saya tidak kuat untuk mengangkat suami dari kerusi rodanya.

"Selepas banyak belajar dari MDA dan berbicara dengan doktor serta jururawat, keadaan semakin mudah. Dalam keadaan ini, bukan saja emosi suami terganggu, saya turut merasainya kerana harus melepaskan aktiviti lain demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadapnya," jelasnya.

Kurang pengetahuan Parkinson

Sementara itu, Profesor dan Pakar Perunding Neurologi Hospital Universiti Malaya (UM) Prof Dr Lim Shen-Yang, berkata walaupun penyakit ini sudah pun diketahui sejak beratus tahun lalu, masyarakat masih belum begitu jelas mengenai penyakit berkenaan.

Ketika ini, kira-kira 20,000 orang di negara ini menghidap Parkinson dan jumlah itu dijangka meningkat dalam tempoh 20 tahun akan datang. Paling membimbangkan penyakit itu dijangka dihidapi oleh orang muda.

"Parkinson menyerang lelaki dan perempuan biarpun ada kajian menunjukkan lelaki lebih cenderung mengalaminya. Tapi harus diingat, ia bukan penyakit orang tua kerana kami pernah merawat pesakit semuda 16 tahun.

"Walaupun punca penyakit masih belum diketahui, tapi ia boleh dikaitkan dengan genetik dan faktor persekitaran. Parkinson lazimnya dapat dikesan selepas penghidap membuat pemeriksaan kesihatan penyakit lain," katanya.

Boleh lakukan aktiviti

Menyambung penjelasannya, biarpun Parkinson berlaku akibat degenerasi otak apabila kekurangan dopamine atau bahan kimia yang diperlukan untuk mengawal pergerakan badan yang lancar, sesetengah pesakit masih mampu menjalankan rutin dan kerja mereka seperti biasa.

"Sesetengah pesakit masih menjalani aktiviti kehidupan seperti biasa jika keadaan mereka belum kritikal dan mengamalkan pengambilan ubat mengikut jadual.

"Pesakit sendiri perlu memainkan peranan bagi mengalihkan tumpuan mereka terhadap penyakit dihidapi dan berusaha mengekalkan kehidupan aktif untuk kembali gerakan motor mereka.

"Selain pesakit sendiri, keluarga dan masyarakat juga perlu terus memberi sokongan supaya mereka dapat merasakan diri masih berguna biarpun terpaksa bergelut dengan kesukaran pergerakan," jelasnya.

Kawal peningkatan Parkinson.

Pengarah Eksekutif Kongres Parkinson Dunia Elizabeth Pollard, berkata dianggarkan hampir tujuh juta manusia di dunia menghidap penyakit ini dan dijangka ia bakal meningkat dua kali ganda menjelang 20 tahun akan datang.
"Jika tidak dikawal angka ini boleh menjadi lebih meningkat dan serius memandangkan penyakit ini bukan saja memudaratkan keadaan pesakit tapi termasuk keluarga dan sekeliling mereka.
"Semua perlu sedar Parkinson mempunyai ubat dan masih boleh dirawat. Oleh itu, kesedaran masyarakat penting untuk bersama membantu pesakit pulih sedia kala," katanya.
"Tujuan utama sambutan Hari Parkinson Sedunia, diraikan pada 11 April bukan saja menumpukan kesedaran kepada semua pesakit Parkinson supaya sedar bahawa lebih kerap mereka bergaul dengan masyarakat dan melakukan aktiviti luar rumah, lebih baik dan banyak membantu untuk pulih daripada penyakit terbabit," katanya

INFO: Parkinson

* Parkinson berlaku di kalangan lelaki dan perempuan tidak kira bangsa dan meskipun gejala ini biasa di kalangan warga tua.

* 10 peratus daripada pesakit mula menghidapnya pada usia 40 tahun.

* Penyakit itu mula dikesan sekitar 1817 oleh doktor Inggeris, James Parkinson dan menamakannya sebagai Shaking Palsy tetapi kemudian ia dikenali sebagai Parkinson.

* Masalah ketidakseimbangan dan kerap jatuh menjadi puncak kepada Parkinson.

* Batasan gerakan sebelah badan juga tanda awal perlu dititikberatkan.

* Antara tanda lain adalah termasuk kurang tumpuan, halusinasi visual, kemurungan, masalah sembelit, pening dan peluh berlebihan.

* Penyakit Parkinson adalah penyakit degeneratif sistem saraf, yang memberi kesan kepada otak, dan juga struktur sistem saraf periferal.

* Ia penyakit neurodegeneratif yang kedua lazim selepas penyakit Alzheimer yang boleh dialami oleh semua orang tanpa mengira bangsa.

* Masalah berkaitan pergerakan yang lazim bagi penyakit Parkinson ialah menggeletar (tremor) (walaupun ciri ini tidak dialami semua pesakit), ketegangan otot, dan kelembapan pergerakan atau pergerakan yang perlahan (bradykinesia).

* Kedua faktor genetik dan persekitaran menyumbang kepada risiko untuk mendapat penyakit Parkinson.

* Hanya lima hingga 10 peratus pesakit Parkinson mempunyai ahli keluarga lain yang turut diserang penyakit ini, dan itu sebabnya mengapa penyakit Parkinson biasanya dianggap penyakit sporadik dan bukan keturunan.

* Belum ada penawar ditemui dan ubatan hanya mampu mengawal dan meredakan gejala penyakit. Keadaan pesakit akan bertambah berat walaupun selepas mendapat rawatan.

* Tiada menu hidangan istimewa sebaliknya mereka memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk menampung keperluan otak pesakit.

Tip Senaman

Berjalan adalah satu senaman baik untuk mengekalkan mobiliti dan rasa berdikari.

* Luaskan sedikit ruangan antara kedua belah kaki untuk dapatkan imbangan.
* Gunakan strategi seperti mengira atau bantuan visual untuk membantu gerakan itu.
* Beri perhatian lebih kalau berjalan di permukaan lantai tidak rata.
* Hayun tangan ketika berjalan.
* Pakai kasut yang sesuai.
* Elakkan risiko jatuh, licin dan sesak.

Manfaat gajet teknologi

Posted: 12 Jun 2013 05:01 PM PDT

Wanita perlu celik ICT untuk bersaing dalam dunia perniagaan

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi banyak manfaat jika digunakan dengan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran dan menjana potensi diri.

Pengasas Yayasan Cherie Blair untuk Wanita, Cherie Blair, dilaporkan pernah berkata wanita di negara membangun mempunyai idea dan berkeinginan menjadi usahawan berjaya, tapi terpaksa berundur kerana kekangan seperti tiada akses terhadap kemudahan teknologi serta kekurangan sumber maklumat, tiada skil perniagaan dan kurang keyakinan diri.
Daripada tidak mahir mengenai IT, saya menjadi mahir dan skil komunikasi dalam bahasa Inggeris semakin meningkat." Aini Othman, Peserta Program Mentor/Mantee Wanita Dalam Perniagaan

Justeru, akses terhadap teknologi penting kerana menerusi teknologi yang ada berupaya membuka pintu maklumat dan seterusnya memperkayakan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Program Mentor/Mentee Wanita dalam Perniagaan mungkin tidak begitu diketahui umum dan ia adalah satu-satunya program untuk memperkasakan wanita yang berminat menjadi usahawan menerusi kemajuan teknologi menggunakan tablet 3G.

Peserta program, Aini Othman, berkata beliau cukup beruntung kerana berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada mentor, Audra Shalla, yang berpangkalan di Paris, Perancis.

Selama setahun, Aini menerima bimbingan daripada Audra dalam pelbagai aspek bermula dengan bagaimana menyediakan kertas kerja hingga pembungkusan akhir produk dihasilkan.
"Semuanya bermula dengan panggilan telefon yang saya terima tahun lalu yang bertanyakan adakah saya berminat untuk menyertai program berkenaan.

"Saya tidak berfikir panjang dan memberikan jawapan dan seterusnya menduduki peperiksaan bagi melayakkan saya boleh mengikuti program seterusnya," katanya pada sidang akhbar Program Mentor/Mentee Wanita dalam Perniagaan, di ibu kota, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia, Mariamah Jaafar; Naib Presiden Perhubungan Pentadbiran Qualcomm, Shawn A Covell; Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datin Munirah Abdullah Bajanuddin dan Ketua Pentadbiran Perniagaan dan Korporat Pusat Perniagaan Maxis, Nasaruddin Mohd Zaini.

Program Mentor/Mentee Wanita itu adalah kerjasama antara Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia dengan Qualcomm yang juga adalah yayasan diasaskan Cherie Blair untuk kemajuan wanita bersama Maxis yang menyediakan aplikasi 3G untuk dimanfaatkan peserta program.

Bimbingan dari mentor

Sepanjang program berlangsung, Aini menerima bimbingan daripada mentornya dan mereka berhubung melalui aplikasi dalam talian menerusi gajet elektronik disediakan pembekal perkhidmatan dalam talian iaitu Maxis.

"Daripada tidak mahir mengenai IT, saya menjadi mahir dan begitu juga dengan skil komunikasi dalam bahasa Inggeris kerana apabila berhubung dengan Audra, kami menggunakan bahasa Inggeris sebagai jalan tengah.

"Kertas kerja, pelan perniagaan dan apa saja urusan atau dokumen dilakukan dalam bahasa Inggeris dengan dia Paris dan saya di Kuala Lumpur. Jarak yang begitu jauh menjadi sangat dekat dengan aplikasi komunikasi yang dibekalkan Maxis," katanya.

Aini yang sudah mempunyai pengalaman dalam perniagaan secara kecil-kecilan memilih produk penjagaan kulit untuk diketengahkan dan kini sudah melancarkan produk dengan label Neugens selepas hampir setahun mendapat memasuki program mentor/mentee itu.

"Keupayaan dan kemampuan digunakan sepenuhnya kerana kita mesti melakukannya sendiri, yang dibekalkan hanyalah bimbingan dan bukannya kewangan.

"Justeru bimbingan itu menjadi sangat bernilai kerana saya tidak perlu membayar satu sen pun untuk mendapatkan ilmu kerana semuanya adalah percuma," katanya yang begitu bersemangat untuk mengembangkan perniagaan produk penjagaan kulit kepada pengeluaran kosmetik dengan lebih gigih.

Mesti berani, berdisiplin

Mariamah pula berkata, semua wanita layak menyertai program mentor/mentee yang dijalankan, namun peserta program akan tertakluk kepada beberapa syarat digariskan penganjur bagi menjamin hasil positif.

"Peserta hendaklah wanita dan tiada had umur. Selain itu mereka ada produk untuk diketengahkan dan lebih baik juga ada idea untuk digunakan.

"Kami juga akan melihat latar belakang keluarga atau sokongan bagaimanakah yang mereka ada kerana sokongan penting termasuklah iltizam mereka sendiri untuk berjaya dalam program ini," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengarah Innopeak (M) Sdn Bhd, Suzanna Shahari, berkata wanita yang menceburkan diri dalam perniagaan atau ingin menjadi usahawan perlu mempunyai keberanian yang lebih berbanding wanita yang tidak terbabit dengan dengan perniagaan.

Ini kerana disiplin dinamakan perniagaan menuntut komitmen tinggi dan perlu selaras dengan perkembangan semasa jika tidak mahu ketinggalan dalam bidang diceburi.

"Usahawan wanita perlu berani dan perlu mengelakkan daripada sindrom 'nasi lemak,' iaitu kalau lihat orang berniaga nasi lemak, janganlah kita juga memilih perniagaan sama, selebihnya mungkin akan timbul rasa iri hati atau hasad dengki.

"Jadi apa yang perlu dilakukan ialah wanita mesti berfikiran kreatif memikirkan perniagaan yang ingin diceburi dan ambil kira juga situasi semasa serta maklumat yang ada untuk memastikan ia berhasil," katanya ketika ditemui pada Forum Usahawan Memanfaatkan Teknologi Untuk Perniagaan' sempena Sidang Kemuncak Wanita Global 2013 di sini, baru-baru ini.

Bersaing dengan lelaki

Suzanna menegaskan wanita yang membabitkan diri dalam perniagaan perlu memiliki daya tahan dan ada pelan perniagaan yang boleh dimanfaatkan.

"Produk dihasilkan mungkin boleh dijual, tapi cabarannya ialah anda mesti memahami produk sendiri dan di sinilah pentingnya teknologi yang boleh membantu anda dalam perniagaan.

"Fahami teknologi kerana ia boleh membantu dalam banyak perkara dan perlu juga menghadiri forum antarabangsa atau mana-mana persidangan berkaitan kerana program seperti ini akan membantu anda menjadi lebih baik mengendalikan perniagaan," katanya.

Beliau berpendapat, wanita tidak boleh takut untuk menceburi bidang perniagaan menggunakan teknologi kerana ia mampu memberi pulangan lumayan pada jangka masa panjang.

Pengarah Urusan Powercom Group Pty Ltd (Australia), Diane Tompson, berkata wanita wajar menggunakan kemudahan teknologi yang ada untuk menempatkan diri sama dengan lelaki termasuk dalam dalam bidang perniagaan.

"Apabila memasuki ruang mencabar seperti bidang perniagaan wanita perlu berfikiran lebih jauh, berfikir di luar kotak dan jangan berasa selesa berada dalam kelompok yang sama jika ingin terus maju selaras dengan perkembangan teknologi yang pantas.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat