{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


<b>felda jenderak</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 10 May 2013 01:02 AM PDT

Beberapa orang anggota RELA dari Felda Jenderak Selatan dan anggota-anggota Pekida yang pro-rakyat di Felda Jenderak Selatan serta rakan-rakan dari pengurusan rancangan Felda segera memberitahu kami akan perancangan pencacai-pencacai UMNO dan wakil dari wakil rakyat untuk membuat kacau dan menghalang ceramah Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Felda Jenderak Selatan malam esuk - 22.2.13.

Mereka itu turut hadir didalam mesyuarat yang dianjurkan dan diantara yang hadir adalah pegawai-pegawai Felda, RELA, SRS, UMNO, pegawai-pegawai Kerajaan, Ketua Kampung dan Polis.

Mesyuarat itu mengambil keputusan untuk menghalang ceramah yang akan diadakan tersebut.  Bagaimana pun setelah mesyuarat itu berakhir kami segera mendapat berita daripada mereka yang hadir mesyuarat itu dan mereka memberi jaminan bahawa mereka tidak mahu terlibat dengana perbuatan jahat dan keji yang bertentangan dengan undang-undang yang disyorkan oleh UMNO Cawangan Felda Jenderak Selatan.

Namun mereka tidak menyatakan pendirian mereka semasa mesyuarat itu.  Asas penentangan mereka terhadap ceramah yang akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Selatan itu kononnya ceramah itu tidak memiliki Permit Polis.

Kita juga berasa hairan kenapakah wakil Polis yang hadir itu tidak menasihatkan mesyuarat itu bahawa sebarang perhimpunan yang hendak diadakan tidak memerlukan PERMIT POLIS seperti yang termaktub didalam Undang-Undang Baru di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Di bawah undang-undang yang kini telah terbatal dibawah Seksyen 27 Akta Polis, sebarang perhimpunan memerlukan permit polis.  Itu pun tertakluk kepada proviso bahawa jika perhimpunan itu diadakan didalam sebuah premise, ia tidak memerlukan permit.

Di bawah Akta Perhimpunan Aman yang baru dikuatkuasakan keperluan mendapatkan permit polis tidak diperlukan.

Dengan peruntukan Akta baru itu kenapa mesyuarat berkenaan mengambil keputusan bahawa ceramah tersebut mesti mendapat permit polis dan kebenaran Pengurus Felda?  Kenapa polis yang hadir mesyuarat itu tidak bersuara dan mengenengahkan peruntukan undang-undang?  Ataukah, polis yang hadir itu juga termasuk sebagai pencacai UMNO?

Dari sudut undang-undang, ceramah yang akan diadakan malam esuk mengikut prosedure dan mengikut peraturannya; Pakatan Rakyat tidak menyalahi undang-undang, maka jika ceramah kami, atau kemasukan orang luar untuk mendengar ceramah itu diganggu, adakah kami bersalah jika mengambil tindakan supaya ceramah yang halal itu dapat berjalan dengan lancar?

Ini bukan kali pertama UMNO Felda Jenderak Selatan (atau lebih tepat lagi 5 atau 6 orang pimpinan/pencacai UMNO Jenderak Selatan) mengganggu ceramah PR.  Setahun lalu, mereka mengganggu ceramah oleh YB Saifuddin Nasution, YB Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dato Fauzi Abdul Rahman.

Tempat ceramah dikepung oleh Polis dan pihak Polis dengan bongkaknya memerintahkan ceramah itu supaya diberhentikan.  Namun apabila saya bertanya kenapa ceramah itu mesti diberhentikan, Polis itu menjawab bahawa ceramah itu tidak ada permit!  Bila saya tanya kenapa ceramah yang tidak ada permit perlu diberhentikan?  Polis itu menjawab bahawa ceramah itu tidak ada permit!! Sekali lagi saya tanya kenapa ceramah yang tidak ada permit mesti diberhentikan?  Polis itu sudah nampak marah kepada saya.
Mereka memegang tangan saya.

Saya kata, kalau nak tangkap, tangkaplah saya.  Esuk lusa saya akan dijamin keluar dan Insya Allah saya akan kemukakan saman.  Secara seloroh saya berkata: "Saya belum cukup lagi duit untuk bertanding ni, kalau dapat duit gantirugi RM200,000.00 dari saman ini nanti, bagus juga."

Polis itu menjawab bahawa dia tidak nak tangkap saya, dan saya kata kalau tidak nak tangkap saya, maka lepaskan tangan saya!

Kemudian saya beri syarahan undang-undang kepada Polis itu.  Saya katakan bahawa ceramah yang dibuat didalam rumah tidak memerlukan permit, tidak termasuk didalam Seksyen 27 Akta Polis.  "Kalau awak tangkap saya, bagus jugak, dapat nanti saya duit free RM200,000.00 dari awak; saya akan saman awak secara peribadi kerana melanggar undang-undang dan saya akan saman jabatan awak."

Akhirnya Pegawai Polis itu berundur dan dia menghulurkan jabatan tangan dan salam kepada saya.  Esuknya saya dapat tahu pencacai UMNO di Felda Jenderak Selatan itu memaki-maki Polis kerana takut mengambil tindakan.

Kami kenal pencacai-pencacai UMNO itu dan kali ini kami akan saman mereka!!!

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat