{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Stigma HIV

Posted: 13 Jun 2013 04:50 PM PDT

Persidangan terbesar Asia tangani isu gejala penyakit bawa maut

Impak HIV maha hebat. Sudah tentu yang disahkan HIV merana teruk dan terpaksa melalui proses pemulihan rapi dan sebilangannya mati begitu saja. Bagi ibu bapa, anak dan sanak-saudara pula mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti HIV pula selalunya terpaksa menanggung malu.

Implikasi paling merugikan ialah dari segi sosial dan ekonomi kerana ia menjadi masalah kesihatan yang serius di dunia. Jika dilihat dari segi statistik punca utama kematian di seluruh dunia sejak 30 tahun lalu amat tinggi.
Stigma masyarakat masih menganggap ia adalah penyakit berjangkit walhal kita tahu HIV tidak mudah untuk berjangkit melainkan melalui berkongsi jarum dadah, bersetubuh dengan pesakit HIV dan tidak menerima rawatan." Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA)

Sepanjang tempoh itu, seramai 30 juta penghidap HIV di seluruh dunia mati akibat virus HIV manakala ketika ini kira-kira 34 juta orang akibat menderita penyakit itu yang boleh merosakkan sel darah yang penting untuk sistem imun seseorang.

Di negara ini, penagih dadah dikenal pasti menyumbang kepada 60 hingga 70 peratus jangkitan baru HIV.

Menerusi program dilakukan kerajaan sejak 2005, separuh daripada bilangan penghidap HIV berjaya yang dikesan akibat pengambilan dadah.

Lelaki mewakili majoriti 90 peratus kes HIV terkumpul. Daripada laporan mendapati, 48 peratus jangkitan diperoleh melalui penggunaan suntikan dadah dan 47 peratus menerusi transmisi seksual.
Wanita, kanak-kanak jadi mangsa

Tidak terkecuali, wanita turut menjadi mangsa penyakit ini yang dibawa menerusi hubungan heteroseksual, iaitu sebanyak 87 peratus.

Kadar jangkitan baru dalam kalangan lelaki menurun sangat ketara berbanding wanita yang dilihat peratusannya semakin meningkat. Wanita dan kanak-kanak perempuan membentuk kira-kira 21 peratus kadar jangkitan baru pada 2011 berbanding lima peratus pada 10 tahun yang lalu.

Data itu jelas menunjukkan bagaimana profil wabak HIV di negara ini, perlahan-lahan bergerak daripada hampir keseluruhannya lelaki yang lebih tinggi dicatatkan berbanding wanita.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA), Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, berkata apa yang pasti apabila wanita mahu pun kanak-kanak itu dijangkiti oleh HIV dan AIDS, tanggapan serong itu tidak dapat dinafikan masih ada sehingga kini.

Katanya, faktor utama perkara itu masih berlaku kerana dasar kejahilan tinggi dalam kalangan masyarakat yang menganggap apabila seseorang itu dijangkiti HIV, mereka akan mati keesokannya. Pada hal, perkara ini masih boleh ditangani.

"Stigma masyarakat masih menganggap ia adalah penyakit berjangkit walhal kita tahu HIV tidak mudah untuk berjangkit melainkan melalui berkongsi jarum dadah, bersetubuh dengan pesakit HIV dan tidak menerima rawatan.

"Perkara ini juga yang menjadi antara tumpuan kami untuk mendidik walaupun kita berada di dalam era teknologi moden dan pemikiran yang maju," katanya.

Pencegahan transmisi

Adeeba berkata, walaupun senario HIV dan Aids di negara ini menurun secara umumnya di kalangan pengguna dadah menerusi suntikan, tetapi faktor lain masih lagi perlu diberikan fokus dan perhatian yang sepenuhnya.

Katanya, sehingga kini tiada kajian atau kaji selidik dilakukan bagi menganggarkan jumlah kanak-kanak yang terkena jangkitan selain mengkaji kelemahan mereka kepada jangkitan HIV.

"Daripada jumlah 94,841 kes HIV yang terkumpul sejak 1986. Seramai 2,324 orang (2.4 peratus) adalah individu yang berusia 19 tahun ke bawah. Pada 2011, kanak-kanak dan belia berusia 19 tahun ke bawah iaitu seramai 120 orang (3.5 peratus) daripada 3,479 kes baru dilaporkan HIV membabitkan 65 orang berusia bawah 13 tahun," katanya.

Justeru, pada 1998 kerajaan melaksanakan program pencegahan transmisi ibu kepada anak di semua pusat kemudahan kesihatan kerajaan. Kira-kira 75 peratus wanita hamil di seluruh negara mempunyai akses kepada penjagaan antenatal di pusat kesihatan awam.

Pada 2011, sebanyak 443,453 wanita hamil yang menghadiri penjagaan antenatal menjalani saringan HIV hampir 100 peratus. Berdasarkan saringan itu segelintir HIV positif dan sebahagiannya diberi rawatan antiretroviral (ART).

Oleh itu, beliau menggesa wanita dan kanak-kanak yang mempunyai simptom tidak kira menerusi saluran apa sekalipun diharap dapat membuat pemeriksaan untuk mengelak tragedi lebih buruk hingga disisih masyarakat.

Persidangan terbesar Asia mengenai HIV

Sindrom HIV/AIDS bukan penyakit yang boleh dipandang remeh dan ia sewajarnya ditangani secara tuntas untuk mengekang daripada terus merebak kepada generasi akan datang.

Sehubungan itu, Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERIA) akan menganjurkan Persidangan IAS Kali Ke-7 berkenaan Patogenesis, Rawatan dan Pencegahan HIV (IAS 2013).

Persidangan itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan bermula 30 Jun hingga 3 Julai ini.

Persidangan terbesar di Asia itu diadakan setiap dua tahun dan dijangka menarik kira-kira 5,000 perwakilan dari seluruh dunia.

Sepanjang tempoh persidangan itu, pakar kesihatan awam, doktor dan saintis terkemuka dunia serta pemimpin masyarakat berbincang, mencari pendekatan dan mendedahkan perkembangan terkini dalam penyelidikan berkaitan HIV, selain meneroka bagaimana kemajuan saintifik bagi melawan penyakit terbabit.

Orang ramai dialu-alukan menyertai persidangan itu. Mereka yang berminat mengikuti persidangan ini boleh melayari laman web www.ias2013.org.

INFO: Mengenai HIV:
* HIV bermaksud virus kurang daya tahan manusia yang akhirnya menyebabkan terjadinya AIDS yang merujuk sindrom kurang daya tahan.
* HIV akan merosakkan sel darah yang penting dan sistem imun seseorang.
* Penagih dadah dikenal pasti menyumbang kira-kira 60 hingga 70 peratus jangkitan baru HIV, di Malaysia.
* Sejak 2005 separuh penagih dadah dapat dikurangkan terdedah kepada HIV/AIDS.
* 90 peratus kes HIV terkumpul adalah lelaki
* 87 peratus jangkitan HIV oleh Wanita adalah menerusi hubungan heteroseksual

FAKTA: Mengenai HIV

* Populasi penduduk ialah 28,859,154 (2011).
* Bilangan orang menghidap HIV ialah 81,000 (2011).
* Kes terbaru HIV ialah 3,479 (2011) - (6,978 pada 2002).
* Kematian akibat AIDS ialah 5,800 kes [4,500 - 7,200] (2009).
* Kelaziman HIV: 0.5 peratus.
* Jumlah terkumpul jangkitan HIV dilaporkan sejak 1986 ialah 94,841.
* Jumlah terkumpul kes AIDS dilaporkan sejak 1986 ialah 17,686.
* Jumlah terkumpul kematian yang dilaporkan berkaitan dengan HIV/AIDS sejak 1986 ialah 14,986 kes.

Buang persepsi lapuk

Posted: 13 Jun 2013 04:35 PM PDT

Program WDP sasar wanita kuasai 30 peratus dalam pembuat dasar

Masih ada pandangan sinis terhadap keupayaan dan kewibawaan wanita untuk menduduki jawatan tertinggi dalam mana-mana organisasi. Pandangan kolot wanita hanya layak duduk di ceruk dapur, melayani makan minum dan keperluan suami dan anak saja sudah sangat lapuk.

Pada era serba maju dengan perkembangan sains teknologi yang pesat, pencapaian wanita dalam jawatan penting juga semakin menonjol dan cemerlang serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Tanggapan lama dalam lubuk fikiran masyarakat mengenai wanita tidak boleh dimasukkan dalam kelompok pembuat dasar, tidak boleh diguna pakai pada masa kini." Rafiah Salim, Pengarah Institut NAM bagi Penguasaan Wanita (NIEW)

Wanita diberi kepercayaan untuk bersama-sama berganding bahu dengan pemimpin lelaki mentadbir negara dan ini sekali gus membuka peluang untuk kesaksamaan gender.

Pengarah Institut NAM bagi Penguasaan Wanita (NIEW), Tan Sri Dr Rafiah Salim, berkata sasaran 30 peratus wanita terbabit dalam membuat dasar menjelang 2016 wajar direalisasikan dan bukan hanya cakap kosong.

Katanya, sejajar itu persepsi mengenai lelaki saja yang berupaya menggubal dan mentadbir sesebuah organisasi sama ada korporat mahupun kerajaan, patut dibuang jauh-jauh.

"Tanggapan yang sudah lama dalam lubuk fikiran masyarakat mengenai wanita tidak boleh dimasukkan dalam kelompok pembuat dasar tidak lagi boleh diguna pakai pada masa kini.
"Wanita kini mampu bersaing dengan lelaki dan menggalas tanggungjawab diberikan dengan baik," katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Wanita Global 2013, baru-baru ini.

Bukan kelas kedua

Permasalahan gender yang meletakkan wanita sebagai kelas kedua ini bukan saja berlaku di negara ini, malah wanita di lebih 50 peratus negara di dunia berhadapan dengan masalah sama, mereka dianggap tiada keupayaan atau tidak layak menduduki kerusi tertinggi dalam organisasi.

Rafiah yang juga wanita pertama dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Malaya, mengakui kerajaan sudah melakukan usaha bagi memastikan wanita terbabit dalam proses membuat dasar walaupun banyak perkara perlu diteliti.

"Kita berharap usaha ini dapat direalisasikan sepenuhnya menjelang 2020 selaras dengan negara mencapai status negara maju, namun pada masa sama pelbagai usaha perlu dipertingkatkan.

"Wanita tidak boleh membiarkan ketakutan menguasai diri dan jangan mudah mengalah pada keadaan sekiranya kita ingin mencapai sasaran menduduki 30 peratus kedudukan pembuat dasar atau mengetuai organisasi korporat," katanya.

Di universiti, wanita menguasai hampir 65 peratus daripada keseluruhan jumlah penuntut sekali gus memperlihatkan wanita mempunyai keupayaan dan tiada sebarang masalah jika peluang dalam pelbagai sektor diberikan kepada gender berkenaan.

Katanya, wanita tidak pernah dilupakan dalam sebarang tindakan mahupun agenda pembangunan dan negara ini adalah satu-satunya negara yang menyediakan tempat untuk wanita dalam banyak perkara.

"Kalau dulu kesamaan gender menjadi isu utama, tapi kini apa yang diingini ialah keadilan bagi memastikan wanita diberi peluang untuk mencapai kejayaan setaraf lelaki.

"Sehubungan itu, pelaksanaan Program Pengarah Wanita (WDP) yang dijalankan sejak Jun tahun lalu, boleh dijadikan landasan untuk menaikkan kedudukan wanita dalam pelbagai sektor terutama korporat," katanya.

Pada tahun lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melancarkan WDP dikendalikan NIEW yang mensasarkan untuk menyediakan mana-mana yang berkebolehan dan sesuai bagi peranan pengarah dalam syarikat awam.

Sehingga Januari lalu, 150 peserta sudah menyertai WDP 2013 dan kementerian mensasarkan untuk melatih kira-kira 800 peserta lagi di bawah program berkenaan tahun ini.

Info: Program WDP
* Seramai 220 wanita yang memegang jawatan pengurusan kanan di sektor awam dan swasta yang menamatkan program WDP 2012.
* Mereka yang sudah menamatkan latihan program itu akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sektor korporat bermula tahun ini.
* Sehingga Januari lalu, seramai 150 peserta sudah menyertai WDP 2013.
* Sasaran melatih kira-kira 800 peserta di bawah program WDP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat