{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tun ghafar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tun ghafar - Google Blog Search


<b>felda tun ghafar</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 09 May 2013 12:00 AM PDT

Wartawan, jurufoto berkumpul bersama peneroka Felda

MOHD. Ali Rustam sambil diiringi Ahmad Maslan bersalaman dengan masyarakat Felda pada Majlis Perasmian Seranta Serancangan Media Edisi Khas Rewang Korban Perdana 2011 di Felda Tun Ghafar, Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka, kelmarin.


ALOR GAJAH 8 Nov. - Sekumpulan pengamal media diberi peluang merasai pengalaman hidup di Felda menerusi Program Seranta Serancangan Bersama Media-Edisi Khas Rewang Korban Perdana 2011 yang diadakan di Felda Tun Ghafar Hutan Percha, dekat sini selama dua hari bermula semalam.

Penolong Pengarah Kanan (Komunikasi dan Maklumat) Seranta (Felda), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zamsari Jumani berkata, program kali ketiga anjuran Felda itu bermatlamat menjadi medium mendekatkan media dengan peneroka.

"Acara kali ini diadakan ketika sambutan Hari Raya Korban bagi memaparkan budaya masyarakat Felda menjalankan rutin harian termasuk aktiviti rewang atau gotong royong meraikan perayaan ini.

"Setiap Felda mempunyai keunikan mereka sendiri dan justeru kami berharap mereka yang terbabit dalam program ini akan menjiwai kehidupan warga peneroka di sini," katanya ketika ditemui pada program itu di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Ghafar Misdar.

Program terbabit dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam hari ini dan turut dihadiri Timbalan Menteri JPM, Datuk Ahmad Maslan selain selebriti, Jaafar Onn.

Sebanyak enam tanah rancangan Felda di negeri ini terbabit dalam program berkenaan dengan Felda Tun Ghafar Hutan Percha menjadi tuan rumah bagi acara ini.

Lima Felda lain meliputi Felda Tun Ghafar Menggong dan Bukit Bulat, Machap; Felda Tun Ghafar Kemendor; Felda Tun Ghafar Ayer Kangkong dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh.

Sementara itu, Ghafar berkata, kira-kira 1,500 orang menyertai majlis ibadah korban menyembelih 20 ekor lembu sumbangan pelbagai pihak.

"Kebiasaannya peneroka yang dahulunya berasal dari pelbagai negeri akan turut serta mengadakan aktiviti kampung termasuk rewang atau gotong royong bagi menyediakan jamuan sempena ibadah korban ini.

"Kami berbesar hati menerima rombongan media ke sini bagi memeriahkan lagi majlis julung kali diadakan ini dan berharap acara ini memberi pengalaman baru kepada mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat