Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 20 Jun 2013 10:03 AM PDT Kuala Lumpur: "Setiap tahun (kewangan) kami diaudit dan laporan dikeluarkan setiap tahun". Itu reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika ditanya mengenai wang tajaan Liga Malaysia (Liga M) berjumlah RM30 juta semusim yang diterima badan induk negara itu.
"Saya tidak terbabit dalam urusan kewangan FAM namun saya tahu terdapat penajaan yang diagihkan kepada semua seperti diputuskan. Kalau nak tanya lebih maklumat, anda perlu tanya Jawatankuasa Kewangan FAM," katanya.
TENGKU Abdullah (kanan) ketika majlis minum petang bersama skuad hoki negara, semalam. "Saya tidak terbabit dalam hal ini, kita hanya putuskan dasar persatuan. Ini semua pengurusan, saya tidak tahu. Saya tidak suka tuding jari dan tuduh-menuduh, bukan cara saya." Mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang hanya mahu berjumpa dengan pemimpin FAM yang boleh membuat keputusan seperti dirinya, Tengku Abdullah sedia bertemu siapa saja untuk sebarang urusan.
|
RSP Smart Kids B tunjuk belang Posted: 20 Jun 2013 09:56 AM PDT Kuala Lumpur: Remaja Semangat Pejuang (RSP) Smart Kids B dari Klang mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara selepas membenam cabaran CT Nur Nilam A, 4-0 pada final Kejohanan Futsal B12 'U R MY BRO' 2013 di Kompleks Sukan NPNG, Damansara Damai, Petaling Jaya. Pada separuh akhir, CT Nur Nilam terpaksa 'bermandi peluh' sebelum menang 3-2 ke atas Premier Footbal Kids Academy B (PKFA B) dari Batu Caves selepas terikat 1-1 manakala RSP Smart Kids B tidak menghadapi masalah mengalahkan Anak Panglima Melayu Selayang Baru (APMS), 4-0.
Sebanyak 24 pasukan mengambil bahagian dan wajib menyenaraikan sekurang-kurangnya dua pemain berlainan kaum.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |