Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 13 Jun 2013 11:15 AM PDT Johor Bahru: Tak makan tapi gemuk. Itu masalah dihadapi empat beranak dihimpit kemiskinan sehingga terpaksa mengikat perut, namun penyakit ketidakseimbangan hormon yang dihidapi menyebabkan berat badan mereka terus meningkat mencecah lebih 100 kilogram. Paling kronik ialah si ibu, A Mani, 61, yang hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah setinggan dihuni keluarga itu di Jalan Kebun Teh di sini, kerana sukar bergerak berikutan berat badannya mencecah 150 kilogram. "Sudah lima tahun ibu hanya terbaring di ruang tamu dan di situlah tempat dia makan, membuang air besar serta tidur," kata S Velu, 34, anak kedua Mani. Dua lagi anggota keluarga itu ialah S Ganes, 41, dan adik perempuannya, S Puspalatha, 21. Menurutnya, sejak lima tahun lalu, Puspalatha ditugaskan menjaga ibu mereka selepas warga emas itu terjatuh berhampiran rumah menyebabkan dia tidak mampu berjalan. MANAYI (dua dari kanan) melawat keluarga Mani yang mempunyai masalah berat badan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14 |
Posted: 13 Jun 2013 11:14 AM PDT Georgetown: Ibarat nyawa di hujung tanduk. Itu yang terpaksa ditempuh seorang warga emas bersama empat cucunya apabila keretanya dihempap menara pemancar syarikat telekomunikasi sepanjang 20 meter yang tumbang dari Menara UMNO di Jalan Maccalister, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Koay Zheng Nian, 77, yang memandu Perodua Alza terpaksa merangkak keluar dari keretanya dan hanya mampu berdoa semua cucunya selamat kerana keadaan ketika itu agak kelam-kabut. Ketika keadaan mencemaskan itu, dia bernasib baik kerana beberapa pengguna jalan raya lain turut memberikan bantuan selain mengeluarkan semua empat cucunya itu daripada kereta berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan membawa semua cucunya itu pulang dari sekolah sebelum kenderaan ditimpa binaan besi dan konkrit terbabit. DUA kenderaan yang ranap ditimpa runtuhan. SEORANG Ibu dan anak yang terperangkap dalam kereta selepas dihempap menara telekomunikasi seberat 50 tan diselamatkan. PUNCAK Menara UMNO di mana menara pemancar dipasang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |