Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
204 calon UPSR sertai program kecemerlangan kelolaan SMP, Utusan Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT Sebahagian murid menyertai Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi kelolaan Sekretariat Malaysia Prihatin dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia di SK Dabong, Kuala Krai, kelmarin. KUALA KRAI 13 Jun - Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi kelolaan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dan Unit Pendidikan Utusan Malaysia mendapat reaksi positif daripada 204 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah Dabong di sini, seterusnya mencapai matlamat penganjurannya. Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong, Noor Azman Awang berkata, program itu adalah pertama kali dianjurkan oleh pihak luar di sekolah berkenaan. "Program motivasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid kerana selain dapat menimba ilmu baharu, hubungan yang erat dengan murid sekolah lain turut terjalin. "Kelainan dalam program ini ialah pihak SMP bukan sahaja membawa guru pakar tetapi turut membawa pakar motivasi untuk memberi pendedahan kepada murid agar mereka dapat melihat hala tuju kehidupan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis penutup program itu di sini semalam. Menurutnya, sepanjang dua hari program itu dilaksanakan, calon UPSR diberikan rujukan terbaik untuk memastikan mereka mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu. Seorang murid, Nur Alia Tasnim Alias, 12, ketika ditemui berkata, dia gembira dapat menyertai program berkenaan. "Selain mendapat ramai kawan, ilmu pengetahuan juga turut bertambah dan saya berharap dapat mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR nanti," katanya. Rakannya, Mohd. Amirul Anuar Zaidi, 12, berkata, ini merupakan kali kedua dia menyertai program kecemerlangan tersebut. "Kali pertama saya sertai program sebegini adalah di Sekolah Kebangsaan Kuala Geris dan saya seronok menyertainya kerana dapat menimba banyak ilmu pengetahuan. "Jika program ini dilaksanakan lagi, saya akan menyertainya dan berharap mendapat 5A dalam UPSR," katanya. Seorang lagi murid, Mohd. Aliff Idham Kamaruzzaman, 12, berkata, program kecemerlangan tersebut banyak memberi manfaat kepada dia dan rakan-rakannya. "Saya seronok menyertai program ini kerana dapat belajar perkara baharu selain mendapat ramai kawan dari sekolah di Dabong. "Saya harap program ini diteruskan pada masa akan datang dan berharap memperolehi keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa saya," katanya. |
Posted: 13 Jun 2013 11:16 AM PDT Oleh FANZURINA ABDULLAH Nasarudin Mohamad dari Johor (kiri) dan Nurul Nadia Latif dari Negeri Sembilan dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Pendidikan Khas Kebangsaan 1Malaysia 2013 di Kuantan, Pahang, malam semalam. KUANTAN 13 Jun - Johor dinobatkan sebagai juara buat kali ke-13 berturut-turut dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2013 yang berakhir di sini malam tadi. Dalama edisi kali ini yang berlangsung selama tiga hari di sini, Johor berjaya memperoleh 31 emas, 26 perak dan 14 gangsa, meninggalkan Selangor di tempat kedua (10 emas, 10 perak dan 16 gangsa), diikuti Kedah di tempat ketiga (tujuh emas, tujuh perak dan tujuh gangsa). Ketua Kontinjen Johor, Noor Hudah Jamal berkata, komitmen dalam melakukan persediaan akhir selama tiga minggu berjaya mengekalkan Johor sebagai juara keseluruhan, selain turut melepasi sasaran 30 pingat emas. "Kerjasama atlet terlibat dan tunjuk ajar jurulatih yang baik menjadi kunci kejayaan kontinjen Johor," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup kejohanan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. Katanya, walaupun majoriti daripada 55 peserta yang dihantar merupakan atlet baharu, namun mereka dapat menguasai acara sukan tersebut. Dalam pada itu, katanya, beliau akan cuba mendapatkan tempat untuk olahragawan kejohanan itu yang juga atlet kontinjen Johor, Nasarudin Mohamad di Majlis Sukan Negara. Nasarudin berjaya meraih tiga emas dalam olahraga bagi acara 100, 200 dan 400 meter dengan pencapaian rekod baharu bagi acara berkenaan. Bagi anugerah olahragawati pula dimenangi atlet Negeri Sembilan, Nurul Nadia Latif yang turut mengumpul tiga emas dalam olahraga bagi acara 100, 200 meter dan lompat jauh. Kejohanan yang bermula Isnin lalu melibatkan penyertaan 730 atlet daripada 16 kontinjen yang bertanding dalam 106 acara dengan mengambil kira kategori penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Sebanyak 26 rekod baharu berjaya dipecahkan pada kejohanan edisi kali ini iaitu 12 rekod (masalah pembelajaran), lapan rekod (masalah pendengaran) manakala enam rekod (masalah penglihatan). Kontinjen tuan rumah, Pahang pula hanya mampu mengumpul lapan pingat perak dan lima gangsa bagi mengisi tempat ke-14 keseluruhan. Kejohanan ini adalah selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan dan membuktikan kerajaan tidak mengetepikan penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti-aktiviti sukan berprestasi tinggi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |