Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Jun 2013 11:12 AM PDT Sibu: "Sebaik tiba di rumah, saya lihat penduduk berlari sambil menjerit api... api... api dan ada juga yang menangis," kata Mohamad Nur Hafiz Majidi, 28, ketika menceritakan kebakaran membabitkan hampir 100 rumah di Kampung Datu Lama, di tepi Sungai Rajang di sini, semalam. Kebakaran yang berlaku sekitar 3.45 petang itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk kampung tradisi berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah terlalu rapat. Menurutnya, api dipercayai bermula dari sebuah rumah tidak berpenghuni sebelum merebak ke rumah bersebelahan. "Rumah tidak berbumbung itu sudah lama ditinggalkan pemiliknya. Kebakaran bermula dari rumah itu, mungkin disebabkan cuaca terlalu panas sebelum merebak rumah lain. KIRA-KIRA 100 rumah terbakar di Kampung Datu Lama, semalam. PEMANDANGAN dari udara kebakaran yang berlaku di Kampung Datu Lama. KAMPUNG Datu Lama hanya tinggal nama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20 |
Posted: 19 Jun 2013 11:11 AM PDT Kota Kinabalu: Tindakan empat pelancong Hong Kong mengingkari arahan pengawal landasan kereta api supaya tidak menyeberangi laluan ketika sebuah kereta api melintas menerima padah apabila kenderaan dinaiki diseret hampir 10 meter hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut. Dalam kejadian jam 5.45 petang di Jalan Lintas berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) semalam, seorang lelaki berusia 50-an maut, manakala tiga ahli keluarganya cedera ringan apabila kenderaan berkenaan diseret sebelum berpusing beberapa kali lalu merempuh sebuah Perodua Myvi berhampiran. Semua mangsa dikeluarkan sepasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, tiga penumpang Myvi termasuk bayi berusia satu tahun tidak cedera dan 200 penumpang kereta api dari stesen Tanjung Aru ke Beaufort juga selamat. MANGSA yang tersepit sebelum dikeluarkan anggota bomba. ANGGOTA polis dan bomba menjalankan siasatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |