Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 22 Jun 2013 11:41 PM PDT KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar setakat jam 11 pagi tadi menurun tetapi masih berada pada paras amat berbahaya iaitu pada 690. Pada jam 7 pagi tadi, IPU di daerah itu yang sudah diisytiharkan kawasan darurat mencatat bacaan IPU 746.
Selain Muar, Ledang juga sudah diisytiharkan kawasan darurat. Sementara itu, IPU Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat peningkatan masing-masing 415 dan 428, juga melebihi paras bahaya.
Setakat 11 pagi, sebanyak 2 kawasan mencatat IPU berbahaya, 17 tidak sihat, 30 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik. IPU tertinggi direkodkan di Malaysia ialah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/23 |
Posted: 22 Jun 2013 08:36 AM PDT Kuala Lumpur: Mulanya sekadar mahu berkongsi cerita, pengalaman dan perjalanan kehidupan harian dengan kawan rapat dan 'pengikut' setia laman sosial. Bagaimanapun, apabila mereka secara sengaja atau tidak memuat naik aksi terlampau dan sama ada klip video atau gambar seksi, ia dengan cepat tersebar meluas di alam maya. Itulah padah diterima beberapa artis dan selebriti tempatan yang terpalit dengan kontroversi selepas mempromosikan diri di beberapa laman sosial terutama Facebook, Twitter dan terbaru, Keek. Tindakan itu ternyata mengaibkan diri sendiri apabila gambar dan video mereka yang terlalu peribadi dan tidak sesuai ditonton secara terbuka dimuat naik pula ke laman sosial lain, blog dan media massa. Antara artis yang terbabit dengan kontroversi ini ialah Sharifah Sakinah, Nabila Huda dan Zarina Anjoulie.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |