Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 02 Jun 2013 11:32 AM PDT Kulaijaya: "Sebaik dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari arah bertentangan, kereta dipandu rakan hilang kawalan menyebabkan keadaan cemas," kata Safwan Misran, 30, seorang daripada mangsa kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, kelmarin. Kemalangan jam 7.40 malam itu membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda polis, Proton Iswara dan bas awam. Tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah anggota polis sukarelawan Mohd Amir Fairuz Mohd Sobri, 21, seorang suspek berusia 38 tahun dan warga Indonesia bertaraf penduduk tetap, Rosdi Tukio, 48, manakala lapan individu lain hanya cedera ringan. Kejadian dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda yang membawa empat anggota polis dan empat suspek hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung sebuah bas serta kereta Proton Iswara. KEADAAN selepas kemalangan berhadapan jirat Cina, kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03 |
Posted: 02 Jun 2013 11:27 AM PDT Putrajaya: Sebanyak 184 pakej berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) disediakan Tourism Malaysia di seluruh negara selaras dengan usaha mempromosi pelancongan berbasikal di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, pakej itu dibangunkan dengan kerjasama 91 agensi pelancongan tempatan dan turut mendapat sokongan Tourism Malaysia peringkat negeri. "Pakej ini mula diperkenalkan pada Disember 2011 bermula di Putrajaya iaitu Pakej Berbasikal Menjelajah Putrajaya dan terbaru Pakej Istimewa Tersang di Raub, Pahang pada 24 Mac lalu. "Sepanjang 2012, nilai keseluruhan pakej berbasikal yang sudah terjual di seluruh negara adalah RM411,180 dan ini menunjukkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan ini, sekali gus membolehkan mereka terus berbasikal walaupun sedang bercuti bersama keluarga," katanya pada sidang media selepas menyertai kayuhan kategori VVIP pada acara Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2013 di sini, semalam. PESERTA wanita dibantu petugas kejohanan mengangkat basikal.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |