{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Pelumba pelapis maut dirempuh lori

Posted: 04 Jun 2013 11:52 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang pelumba skuad pelapis Persatuan Lumba Basikal Terengganu maut selepas dirempuh lori treler di atas sebuah jambatan ketika menjalani sesi latihan di Kampung Bukit Guntung, Tepoh, di sini, pada jam 9.30 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Syafiq Imran Shahril, 15, dikatakan gagal mengawal basikalnya selepas cuba mengelak rakannya yang terjatuh sebelum dirempuh lori terbabit dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, arwah bersama 44 rakan sepelatih sedang berkayuh ke Bukit Besi, Dungun sebagai sebahagian daripada latihan untuk menghadapi sebuah kejohanan di Perlis pada 19 Jun ini.

Rakan sepelatih mangsa, Che Ku Mohd Nazimie Che Ku Romli, 19, berkata kejadian berlaku apabila salah seorang pelumba di hadapan terlanggar lubang sebelum dia yang mengekori di belakang tidak sempat mengelak.


"Tayar kami bergesel dan saya terjatuh ke sebelah kanan jalan. Arwah yang berada di belakang cuba mengelak daripada melanggar saya tetapi hilang kawalan dan terjatuh dari basikalnya di tengah jalan.


"Saya sempat bangun tetapi arwah gagal dan dia dirempuh sebuah lori treler yang datang dari arah bertentangan serta diseret sejauh 1.5 meter.

"Ketika itu, arwah masih bernyawa sambil merintih kesakitan dan memanggil nama ibu bapanya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, arwah kemudian dikejarkan ke HSNZ dengan ambulan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia beberapa minit selepas tiba di hospital itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05

Everest cabut nyawa

Posted: 04 Jun 2013 01:19 PM PDT

Putrajaya: "Sama-sama kita doakan kesihatan dan keselamatan peserta XPDC." Demikian status Facebook (FB) terakhir pasukan pendaki Perbadanan Putrajaya (PPj) yang dikemas kini Sabtu lalu dalam Ekspedisi Kem Induk Everest (EBC) dan Kala Patthar di Banjaran Himalaya, Nepal bermula 27 Mei lalu.

Bagaimanapun, seorang daripada pendaki, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, meninggal dunia kelmarin dipercayai akibat penyakit akut gunung (Acute Mountain Sickness).

Melalui status FB PPj yang memuat naik gambar pemandangan sepanjang ekspedisi itu, peserta juga memberitahu mereka perlu berehat secukupnya sebelum ke Gunung Kala Patthar dan EBC.

"Santapan mata yang pasti memukau kerana puncak gunung tertinggi di dunia berada di depan mata," katanya.

Foto

MOHAMMAD Shahrulnizam (dalam bulatan kiri) bersama pasukan PPj.

Foto

MOHAMMAD Shahrulnizam


Dalam status FB itu juga mereka memberitahu pada pendakian masuk hari kelima itu mereka dalam perjalanan ke Gorakshep pada ketinggian 5,550m yang mengambil masa lapan jam perjalanan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat