Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Pilih hitam, kelabu warna dasar Posted: 14 Jun 2013 06:53 AM PDT Jenama terkenal, H&M membawa sedikit kelainan dengan pelancaran rangkaian terbarunya bagi musim luruh tahun ini menerusi rekaan ala tomboi bagi koleksi wanita. Pada masa sama ia turut menggunakan hitam dan kelabu sebagai warna dasar untuk kebanyakan pakaiannya selain sedikit cetusan merah. Dihasilkan oleh pasukan pereka H&M, koleksi berkenaan menggabungkan cetusan idea glamor dan semangat ala tomboi yang banyak mewarnai gaya terbarunya. Antara yang ditampilkan adalah kot yang mampu memberi siluet dramatik sama ada jenis panjang atau singkat serta gaun berkain lembut dihiasi labuci dan juraian yang boleh dipadankan dengan mana-mana pakaian lain. Jaket kulit pula diberikan gaya vintaj dengan butang yang tidak sepadan antara satu sama lain, manakala seluar kulit membawa imej keras. KOLEKSI pakaian wanita. PILIHAN jejaka. KOLEKSI pakaian wanita.
"Ia mempunyai semua gaya utama untuk musim luruh dan saya rasa sungguh bangga ia dapat dipamerkan pada pertunjukan fesyen di Paris dan tidak sabar untuk melihatnya mual dijual di kedai pada September ini," katanya. Sementara itu, bagi koleksi lelaki H&M musim luruh ini, ia menampilkan jahitan baru dan bentuk yang kontras, antaranya kot saiz besar sama ada bulu dengan kolar atau mempunyai hud bagi memberi rasa moden. Jaket Harrington berzip dan jaket pendek bersulam memberi gaya kemas manakala kot panjang dilengkapi hud, blazer pendek, seluar panjang, baju panas, kemeja dan tali leher sepadan, memberi gaya maskulin yang menawan. Aksesori pula menampilkan but, kasut, sarung tangan kulit, topi yang dikait dan tali leher bercorak. Ketua pereka pakaian lelaki H&M, Andreas Lowenstam, berkata koleksi berkenaan membawakan elemen maskulin yang pelbagai yang digabung bagi musim ini. "Terdapat terlalu banyak pilihan dan apabila digabungkan sekali, ia memberi gaya yang sungguh bergaya. Dengan pelbagai penampilan, ia membuatkan musim luruh lebih bermakna," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14 |
Posted: 14 Jun 2013 06:25 AM PDT Pemakaian perhiasan memberi makna tersendiri kepada individu. Sama ada lelaki mahu pun wanita ia bukan saja memberi keyakinan, malah membuatkan penampilan lebih bergaya. Menyedari wanita kini bijak menggayakan padanan dengan perhiasan bersesuaian, sempena musim panas dan luruh 2013, Pandora memperkenalkan himpunan perhiasan merangkumi gelang, anting-anting, cincin dan loket yang mempunyai tema berlainan seperti percutian, keindahan pantai serta kegembiraan.
Kehadiran gelang, cincin, anting-anting, rantai dan loket menyatakan gaya peribadi si pemakai. Rekaan berlatarbelakangkan hidupan laut seperti ikan menggunakan material perak, klip menggunakan bentuk tapak sulaiman bersalut emas 14 karat manakala bentuk lokan dan ketam sebagai daya penarik terutama kepada pencinta alam semula jadi. Bentuk kerawang juga ada dalam emas 14 karat berlatarbelakangkan warna biru melambangkan keberanian dan keupayaan untuk mengatasi ketakutan dan halangan.
"Setiap rekaan dihasilkan begitu sempurna dan kelihatan anggun apabila digayakan dengan padanan sedia ada. Barang kemas Pandora membolehkan anda meluahkan personaliti melalui kombinasi koleksi sedia ada dan ia pasti meninggalkan kenangan berharga kepada wanita," katanya. Keunikan Pandora bukan saja pada rekaan, tetapi pembuatannya yang halus dan teliti oleh tangan tukang yang mahir. Jenama terbabit turut melancarkan gelang kulit baru dengan reka bentuk serta boleh dipakai sebagai gelang tunggal atau gelang berganda. Untuk koleksi kali ini, ia boleh didapati bermula 3 Jun lalu. Layari www.pandora.net atau menyertai sebagai peminat di Facebook Pandora. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |