{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Warga emas diperintah bela diri cabul kehormatan cucu perempuan

Posted: 14 Jun 2013 01:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari memerintahkan seorang warga emas berumur 75 tahun membela diri terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur 10 tahun.

Majistret Zulkpli Abdullah membuat keputusan itu selepas mandapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan empat hari bermula 29 Julai ini untuk datuk itu membela diri.

Peguam Noor Azah Azizan yang mewakili tertuduh memaklumkan pihaknya akan memanggil seramai 20 saksi pembelaan termasuk tertuduh.


Zulkpli dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati tiada keraguan terhadap keterangan yang diberikan mangsa semasa perbicaraan kes itu dan dia juga memberi jawapan yang memenuhi kehendak soalan.


Beliau berkata mangsa yang merupakan saksi kelima pendakwaan berada dalam keadaan tenang dan merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai kepintaran tinggi semasa memberi keterangan.

Katanya dalam membuat keputusan itu mahkamah juga mengambil kira keterangan yang diberikan ibu mangsa dan juga dua orang doktor yang memeriksa kanak-kanak itu dan juga seorang lagi doktor yang memeriksa tertuduh.

"Selain keterangan ketiga-tiga doktor itu, gambar yang terdapat dalam telefon bimbit tertuduh juga telah memberi sokongan kepada keterangan mangsa," katanya.

Pada 26 Jan tahun lepas, warga emas itu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu kandungnya termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di sini antara pukul 1 hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni memanggil 16 saksinya semasa perbicaraan kes itu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14

Pemotong rumput mengaku salah merompak

Posted: 14 Jun 2013 01:40 AM PDT

SEREMBAN: Seorang pemotong rumput dijatuhi hukuman penjara 36 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi selepas mengaku bersalah merompak menggunakan pisau pemotong sayur terhadap seorang wanita minggu lalu.

Hakim Datin Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman terhadap Mokhtar Rahman, 34, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mokhtar dituduh merompak P Subhathi, 42, dan mengambil beg berwana hijau berisi bekal makanan, topi, kain penutup kepala, sarung tangan dan botol air di lorong belakang pasar jalan besar Mantin, dekat sini, pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 4.20 petang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/14

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat