{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Penyelia FELDA ditikam, dilanggar, diseret

Posted: 15 Jun 2013 01:04 AM PDT

LAHAD DATU: Seorang penyelia ladang ditemui mati dipercayai ditikam sebelum dilanggar dengan sebuah pacuan empat roda di FELDA Sahabat 7, dekat sini, awal pagi tadi.

Mayat Mohd Nor Azfar Noh, 27, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, ditemui terbaring atas jalan oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Samsuddin Mat berkata, mayat mangsa ditemui dengan kesan tikaman di rusuk kanan selain kecederaan parah di kepala.

Berdasarkan mayat mangsa dan penemuan dua kesan tompokan darah selain seretan kenderaan di lokasi kejadian, polis tidak menolak kemungkinan mangsa ditikam terlebih dahulu sebelum dilanggar.


Susulan itu, polis yang menjalankan siasatan lanjut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun di FELDA Sahabat 7 bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15

Lima penyenayah kebas lori bos MCPF Pahang

Posted: 14 Jun 2013 11:20 PM PDT

KUANTAN: "Ini kerja gila dan orang yang melakukannya tidak berfikir panjang," kata Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Cawangan Pahang, Datuk Johny Ch'ng Ewe Gee ketika mengulas mengenai tindakan lima penjenayah yang mencuri lori milik syarikatnya sebelum cuba melarikan mesin ATM di sebuah bank di Indera Mahkota 5, di sini, awal pagi semalam.

Akhbar hari ini melaporkan, impian lima lelaki melarikan sebuah mesin ATM yang mengandungi RM84,000 tunai daripada sebuah bank tidak berjaya apabila kudrat mereka tidak cukup kuat untuk menaikkan mesin itu ke atas lori.

Sebelum cuba melarikan mesin ATM di bank itu, penjenayah terbabit terlebih dulu mencuri sebuah lori di Jalan Bukit Ubi, untuk digunakan bagi melakukan jenayah itu.

"Saya tidak menolak kemungkinan ia dicuri sekitar tengah malam," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Katanya, pihaknya membuat laporan mengenai kehilangan lori itu kira-kira jam 9 pagi dan terkejut apabila dimaklumkan kenderaan berkenaan digunakan untuk melakukan jenayah.


Johny berkata, dia gembira lori berkenaan ditemui semula dan lebih menyenangkan hatinya apabila penjenayah terbabit berjaya diberkas polis selepas gagal melarikan mesin ATM.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/15

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat