{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Ops Tawan di Segitiga Emas

Posted: 16 Jun 2013 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pegawai dan anggota Bukit Aman akan terlibat dalam 'Ops Tawan' yang memberi tumpuan di kawasan Segitiga Emas ibu negara, sebagai langkah mengurangkan kes ragut dan samun.

Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM Datuk Wira Ayub Yaakob berkata pegawai dan anggota dari Bukit Aman itu ditugaskan bagi membantu rondaan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Foot patrol atau rondaan berjalan kaki akan fokus kawasan Segitiga Eemas yang kita terima maklumat berlakunya jenayah dalam tempoh seminggu sama ada maklumat itu daripada laporan polis, laman sosial dan sebagainya.

"Mereka yang jalankan rondaan perlu berinteraksi dengan orang ramai yang ditemui termasuk di kawasan parkir.

Kalau ada sistem kawalan keselamatan seperti bilik kawalan rakaman kamera litar tertutup di sesuatu kawasan itu, kita nak mereka pantau sama ada ia berfungsi dengan baik atau tidak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Tawan Bukit Aman di perkarangan pusat membeli-belah Kuala Lumpur City Centre.

Beliau berkata pendekatan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif mengurangkan kadar jenayah itu akan dilaksanakan secara berterusan dan akan diperluas bagi memastikan setiap maklumat yang diterima mendapat respon dengan kadar segera.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

Maut terbabas dalam longkang

Posted: 16 Jun 2013 03:59 AM PDT

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Km68.5, Jalan Kea Farm-Tringkap, dekat Cameron Highlands, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Junaidi Zahidun, 24, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghala ke Tringkap dari Brinchang, sebelum motosikal ditungganginya hilang kawalan.

"Mangsa terjatuh ke dalam longkang sebelum kepalanya terhantuk pada batang besi paip dan mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/16

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat