{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Zulfadli lepasi halangan peringkat kelayakan Terbuka Singapura

Posted: 18 Jun 2013 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Zulfadli Zulkifli berjaya melepasi dua perlawanan peringkat kelayakan Kejohanan Badminton Terbuka Singapura, hari ini.

Beliau menewaskan pemain tuan rumah, Derek Wong Zi Liang dengan 18-21, 21-15 dan 21-15. Beliau kemudiannya mengalahkan Wei Nan dari Hong Kong dengan 21-18 dan
21-15.


Kejayaan itu membolehkan Zulfadli mara ke pusingan pertama kejohanan, di mana beliau akan bertemu permain pilihan kelima kejohanan, Boonsak Ponsana dari Thailand.

Turut melayakkan diri ke peringkat seterusnya ialah pasangan Ong Jian Guo/Teo Kok Siang yang menewaskan dua beregu tuan rumah.

Terdahulu mereka menewaskan gandingan Huang Chao/Derek Wong Zi Liang dengan 21-11, 21-19 dan kemudiannya menewaskan gandingan Danny Bawa Chrisnanta/Terry Yeo Zhao Jiang dengan 18-21, 21-13 dan 21-14. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18

15 penghuni penjara Sandakan diraikan sempena Hari Bapa

Posted: 18 Jun 2013 07:09 AM PDT

SANDAKAN: Bersempena sambutan Hari Bapa, seramai 15 penghuni penjara Sandakan yang terpilih berpeluang menemui keluarga mereka dalam satu majlis di sini hari ini.

Melalui majlis itu, penghuni penjara itu memenuhi masa bersama isteri dan anak mereka, seterusnya bersama memupuk semangat kekeluargaan.

Timbalan Pengarah Penjara Sandakan, Penguasa Penjara Abdul Rauf Lang Pasih berkata, program itu adalah bagi membolehkah penghuni penjara mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan tidak hanya terlibat dalam program formal dalam penjara.

Katanya selain sambutan Hari Bapa, majlis itu juga bagi meraikan Hari Ibu dan Pesta Kaamatan yang diadakan serentak supaya penghuni merasai sendiri suasana sambutan pesta Kaamatan serta menyedari bahawa mereka tidak disisihkan.


"Sokongan keluarga penghuni dan Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara dalam mengadakan program seumpama ini mampu meningkatkan keyakinan penghuni walaupun dipisahkan dengan tembok daripada keluarga dan suasana di luar," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/18

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat