{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Selangor, Melaka, Johor diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka

Posted: 19 Jun 2013 12:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Halimah Hassan berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.


Ketiga-tiga negeri tersebut sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.

Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

Polis tahan 2 lelaki terlibat dalam 12 kes pecah rumah

Posted: 19 Jun 2013 12:03 AM PDT

JOHOR BAHRU: Polis percaya berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah yang dilakukan dua lelaki di sekitar Nusajaya di sini selepas menahan mereka di sebuah rumah di Taman Nusa Idaman, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kedua-dua mereka yang sedang memecah masuk rumah itu ditahan selepas polis menerima maklumat kejadian daripada jiran mangsa pada jam 2.30 pagi.

"Polis kemudian merampas pelbagai barangan termasuk televisyen, parang panjang, empat tukul besi, spanar, kuku kambing, pemutar skru, sebungkus plastik berisi 20 rangkai kunci, tujuh pasport, lima buku bank, telefon bimbit serta kereta jenis Mitsubishi Triton daripada mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata semakan rekod mendapati kedua-dua lelaki berumur 33 tahun itu mempunyai rekod jenayah termasuk menceroboh, curi dan penyalahgunaan dadah.


Beliau berkata mereka kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan.


Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan seorang lelaki berumur 30 tahun kerana memiliki senjata api di Kulaijaya, dua hari lepas.

Beliau berkata anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Tokong, Sengkang, terserempak dengan lelaki itu bersama rakannya di dalam sebuah kereta, kira-kira jam 7.10 malam.

"Polis merampas sepucuk pistol semi auto, satu kelopak mengandungi 11 butir peluru dan satu plastik lut sinar mengandungi tiga butir peluru daripada lelaki itu. Semasa pemeriksaan dilakukan, rakan lelaki itu, bagaimanapun, sempat melepaskan diri," katanya.

Menurut Mohd Mokhtar semakan mendapati kereta itu merupakan kereta yang dilaporkan hilang di Taman Pelangi, di sini dan lelaki tersebut yang mempunyai rekod jenayah berkaitan rompak kini direman sehingga Isnin depan.

Katanya sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan Liew Kwang Yen, yang memiliki kad pengenalan bernombor 770316-01-6019 dan beralamat di B, 34, Sengkang, Kulaijaya, untuk membantu siasatan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat