Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Jerebu: Penerbangan Mas tidak terjejas Posted: 21 Jun 2013 05:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Jadual penerbangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tidak terjejas walaupun keadaan jerebu di Johor masih kritikal. Ketua Pusat Kawalan Operasi MAS Mohd Fuad Mohd Sharuji berkata bagaimanapun MAS telah menyediakan pelan kontigensi sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.
"Di Johor Bahru jarak penglihatan ialah lebih kurang 1,000 kaki dan pesawat kami masih boleh mendarat," katanya ketika ditemubual melalui telefon menerusi siaran Buletin Awani di Saluran Astro Awani 502 di sini hari ini. Beliau berkata setakat ini semua penerbangan adalah mengikut jadual ditetapkan, namun sekiranya keadaan semakin kritikal dan jika perlu, MAS kemungkinan akan menghenti atau menangguhkan penerbangan.
|
Bilangan pesakit di 4 daerah Johor naik akibat jerebu Posted: 21 Jun 2013 05:39 AM PDT JOHOR BAHRU: Cuaca yang berjerebu di negeri ini memberi kesan kepada kesihatan orang ramai apabila bilangan individu yang mendapat rawatan pesakit luar di empat daerah meningkat. Pengarah Kesihatan Johor, Dr Khairi Yaakub berkata rawatan radang pernafasan, batuk dan selsema meningkat sehingga 70 peratus pada minggu ini manakala penyakit asma mencatatkan peningkatan 20 peratus.
"Peningkatan dicatatkan di empat pusat kesihatan iaitu di Muar, Pasir Gudang, Kota Tinggi dan Larkin Lama," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Dr Khairi berkata bekalan ubatan ketika ini mencukupi untuk orang ramai yang mahu mendapatkan rawatan.
Malindo Air melakukan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Johor hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, katanya kadar purata penginapan hotel di negeri itu mencatatkan sehingga 80 peratus dan belum ada pembatalan tempahan bilik hotel oleh pelancong. Malah, katanya kehadiran pelancong terutama rakyat Singapura juga menggalakkan memandangkan musim cuti sekolah di republik itu. Beliau berkata pusat-pusat peranginan di negeri ini juga masih beroperasi seperti biasa dan taman tema Legoland juga belum memberikan sebarang makluman sama ada mahu menghentikan operasi mereka sementara waktu. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |