{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Sekolah di KL, Selangor mungkin terus ditutup: Palanivel

Posted: 24 Jun 2013 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor mungkin terus ditutup esok berikutan keadaan jerebu yang semain teruk di Lembah Klang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

Beliau bagaimanapun berkata sekolah perlu menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan sebelum berbuat demikian.

"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah ditutup) dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras 'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada jam 11 pagi ini.


Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan mengesyorkan kepada pentadbir sekolah yang masih ragu-ragu tentang keadaan jerebu yang memerlukan sekolah ditutup supaya segera merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri.


Beliau menyokong cadangan Palanivel agar sekolah di Lembah Klang terus ditutup sekiranya jerebu masih berada pada paras bahaya.

"Saya menyeru kepada semua pentadbir sekolah supaya mematuhi pekeliling yang dikeluarkan berhubung penerusan penutupan sekolah dan penutupan ini akan bergantung pada kualiti udara di kawasan terjejas," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24

Husam Musa dibebaskan

Posted: 24 Jun 2013 03:03 AM PDT

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman selama dua hari terhadap tuduhan menghasut.

Keputusan berkenaan dibuat Majistret Nik Habri Muhamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Husam keluar dari IPD Kota Bharu kira-kira 5.05 petang diiringi oleh penyokongnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat