{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki lolos ditahan semula

Posted: 03 Jun 2013 04:32 AM PDT

KUANTAN: Seorang lelaki yang melarikan diri dari trak polis selepas dituduh atas kesalahan samun pada Khamis lalu berjaya ditahan di sebuah rumah di Balok, petang tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, tertuduh ditahan kira-kira jam 4.30 tadi ketika bersembunyi di rumah kakaknya.

"Berdasarkan risikan polis dan maklumat dari orang ramai kita berjaya menjejaki tertuduh dan menahannya.

"Ketika ditahan tertuduh tidak melawan dan tiada pergelutan berlaku," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03

Dua beranak ditahan terbabit jual loteri tanpa lesen

Posted: 03 Jun 2013 01:18 AM PDT

ROMPIN: Umpama pepatah 'bapa borek anak rintik', dua beranak ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan menjual loteri tanpa lesen di kedai makan milik mereka, di sini.

Lelaki warga emas berusia 70 tahun itu dan anak lelakinya berusia 38 tahun diberkas petang semalam oleh sepasukan polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Menurut Pegawai Turus D7 ASP Sampornak Ismail, dalam serbuan 5.40 petang di Bandar Baru Rompin itu, polis turut merampas tiga telefon bimbit, dua mesin pencetak, 38 keping kertas mencatatkan nombor loteri dan wang tunai RM5,249.

"Mereka yang dipercayai menjalankan kegiatan ini sejak lima bulan lepas, berlindung di sebalik perniagaan kedai makan.


"Mereka dipercayai memulakan perniagaan haram itu di premis berkenaan seawal 8 pagi hingga 12 tengah malam," katanya kepada pemberita hari ini.


Menurutnya, siasatan awal mendapati dua beranak itu mampu memperoleh ratusan ribu ringgit setiap bulan hasil kegiatan berkenaan.

Kedua-duanya kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat