{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


SIAP akan siasat kematian tahanan

Posted: 05 Jun 2013 03:04 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) akan melakukan siasatan terhadap kematian dua tahanan ketika berada dalam jagaan polis.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIAP Nor Afizah Hanum Mokhtar berkata, ia diputuskan dalam satu mesyuarat pada 28 Mei lalu.

Sehubungan itu, katanya Pengerusi SIAP Datuk Heliliah Mohd Yusof akan mengetuai satu pasukan petugas ditubuhkan mengikut Seksyen 17 Akta 700 untuk menyiasat kedua-dua kematian itu.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 28 Akta 700 demi kepentingan awam. Bagaimanapun, siasatan ini tidak akan membabitkan kes kematian tahanan terbaru pada 1 Jun lalu,"katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05

Mayat warga emas ditemui tanpa baju

Posted: 05 Jun 2013 01:30 AM PDT

BUTTERWORTH: Tanda tanya bau busuk dari sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Prai, dekat sini, terjawab apabila penduduk yang membuat pemeriksaan mendapati ia berpunca dari mayat seorang warga emas dipercayai mati antara tiga hingga empat hari lalu.

Mulanya penduduk tidak menyangka bau busuk berkenaan berpunca dari bau mayat menyebabkan mereka tertanya-tanya sebelum memeriksa sekitar kampung.

Bagaimanapun, kemuncak tanda tanya itu berakhir semalam, apabila seorang penduduk bertindak memasuki rumah dihuni seorang warga emas jam 11 pagi selepas terhidu bau busuk selain tidak melihat kelibatnya sejak beberapa hari lalu.

Penduduk yang membuat pemeriksaan terkejut apabila mendapati warga emas yang tinggal seorang diri itu dalam keadaan terlentang di ruang tamu tanpa baju serta sudah tidak bernyawa lalu menghubungi polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/05

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat