{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Mutakhir


Identiti individu hina Nabi dikenal pasti: Ahmad Shabery

Posted: 09 Jun 2013 03:41 AM PDT

KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna Internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ianya boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di Felda Neram Satu, juga berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.


Kelmarin, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi.


Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan juga mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak.

"Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab...cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial.

"Tetapi saya tidak menolak kemungkinan itu andainya terdapat penggunaan secara negatif yang keterlaluan hingga mendatangkan rasa resah, gelisah dan kemarahan di kalangan rakyat.....mungkin ketika itu kerajaan perlu menerima pandangan dan desakan dari pelbagai pihak untuk melakukannya," katanya.

Antara negara yang mengharamkan akses Facebook ialah China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/09

Polis tahan dua lelaki disyaki samun rumah Saifuddin Nasution

Posted: 09 Jun 2013 02:39 AM PDT

MACHANG: Polis menahan dua lelaki yang disyaki menyamun rumah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution di Kampung Air Hijau di sini Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Machang DSP Che Malek Bedot berkata kedua-dua suspek berusia 23 dan 27 tahun itu diberkas di rumah masing-masing di Kampung Gosong di sini pada 1.05 pagi Sabtu lepas.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis menemui pelbagai barangan seperti komputer riba, jam tangan, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai dan mata wang asing.

"Kita masih mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian samun pada 6.30 petang Khamis lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di sini hari ini.


Che Malek berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan dan kedua-dua suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


"Kedua-dua mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan seorang daripada mereka baru keluar dari penjara Disember lepas atas kesalahan sama. Seorang lagi bekerja sebagai penoreh getah," kata Che Malek. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/09

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat