Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Anugerah Blokbuster: Malam Hantu Kapcai Posted: 16 Jun 2013 11:45 AM PDT Bagai menepati ramalan umum, filem Hantu Kapcai yang dibintangi pelakon terkenal memonopoli kategori utama pada anugerah Blokbuster yang berlangsung di Stadium Tertutup, Johor Bahru, malam Sabtu lalu. Anugerah yang ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria itu dilihat ruang terbaik untuk Hantu Kapcai menghargai pelakonnya apabila Zizan Razak berjaya merangkul trofi kategori Hero Terhebat dan aktres jelita, Neelofa pula dinobatkan Heroin Baru Terhebat. Tiga lagi trofi adalah Filem Kelakar Terhebat, Filem Aksi Terhebat dan penghargaan tertinggi Filem Terhebat, sekali gus membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000. Menurut pengarahnya, Ghaz Abu Bakar yang ditemui selepas majlis berlangsung menyifatkan kemenangan besar itu sebagai cenderahati istimewa buat semua tenaga pekerja produksi kerana kesungguhan dan yakin atas naskhah komedi arahannya itu. Syamsul menang anugerah Tuan Direktor Terhebat. Neelofa raih anugerah pertama miliknya, Heroin Baru Terhebat.
Meskipun lima trofi selesa di genggaman profil Hantu Kapcai, Ghaz bagaimanapun gagal dinobatkan sebagai Tuan Direktor Terhebat, sekali gus tewas di tangan pengarah Syamsul Yusof, Jalan Kembali: Bohsia2. Ghaz optimis dan melihat itu pilihan peminat. "Memang mulanya pelik tapi saya tidak pasti mana silapnya hingga Hantu Kapcai tertinggal untuk kategori itu. Tapi semuanya adalah pilihan peminat dan saya terima dengan hati terbuka," katanya. Anugerah Blokbuster malam kelmarin turut mengukir sejarah peribadi bagi Neelofa yang pertama kali berjaya menggenggam anugerah pertamanya. Jelasnya yang bersyukur dengan keputusan itu terkejut kerana tidak langsung meletakkan harapan. "Mungkin sudah beberapa kali tewas, jadi saya tidak langsung mengharap. Namun saya bersyukur atas kemenangan ini dan sokongan peminat yang tidak pernah henti. "Sebentar tadi, Ghaz ada memaklumkan kemungkinan besar Hantu Kapcai 2 akan diterbitkan dan saya berasa amat teruja, malah tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran filem ini," katanya. Selain pengacara program Nona dan Meletop dan Ghaz yang tidak henti berkongsi kisah manis mereka, hero kepada Hantu Kapcai, Zizan Razak turut gembira Mengulangi kejayaan bagi kategori yang sama, pelawak juga pengacara terkenal "Alhamdulillah, peminat masih percaya dengan saya dan terus mengundi hingga berjaya sekali lagi tahun ini. Meskipun kemenangan saya berdasarkan undian, itu tidak bermakna kejayaan ini diukur daripada populariti saja, sebaliknya percaya peminat serta pengundi turut mengambil kira soal kualiti. Lihat saja, Syamsul yang masih mempertahankan gelaran sebagai Pengarah Terhebat, sudah pasti dia dipilih kerana keyakinan peminat pada karya arahannya. "Apapun, saya percaya kejayaan besar Hantu Kapcai malam ini bukan kerana populariti saja, sebaliknya filem itu sememangnya naskhah yang menghiburkan, terdapat mesej dan berbaloi untuk ditonton," katanya. Mengangkat tema 'hipster' pada tahun kedua penganjurannya ini, anugerah Blokbuster 2 dilihat penuh warna dengan sambutan meriah selain menampilkan persembahan hebat. Sebanyak 16 kategori yang membabitkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai. Segmen persembahan segar Biarpun ada sebahagian keputusan kemenangan bagi kategori yang dipertandingkan dilihat sebagai tidak layak, namun seperkara yang menarik mengenai anugerah itu adalah segmen persembahannya. Acara pengenalan anugerah ini menyaksikan Datuk AC Mizal dan Scha Al-Yahya, selaku pengacara majlis membuat persembahan secara 'rap'. Kemudian ia dirancakkan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Stacy menerusi lagu Bosan manakala Adam, menyampaikan medley tiga lagu antaranya Tension dan Tak Tahu. Bagaimanapun persembahan Adam terlalu lama. Diselang-selikan dengan segmen pengumuman pemenang, antara persembahan yang paling mendapat perhatian adalah Waris yang cukup popular dengan lagu Rembau Most Wanted. Segmen persembahan itu turut dimeriahkan dengan DJ Fuzz, Justhine dan PSP. Agak mengganggu, hampir setiap kali usai persembahan disusuli bunyi mercun yang terlalu kuat sehingga beberapa kali penonton terkejut. Selain Waris, sudah semestinya persembahan membabitkan Shea dan bintang Parody, Bobo amat dinanti-nanti. Nyata walaupun kAli pertama beraksi dalam sebuah anugerah, Bobo kelihatan tidak kekok lantas mengundang tawa penonton. Namun, jika mahu diukur daripada kehebatan suara semestinya, paduan vokal Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor menyampaikan lagu This Girl Is On Fire selain membawakan lagu solo masing-masing, Bisikan Rindu dan Sebelah Jiwaku. Turut beraksi di segmen persembahan adalah kumpulan Kristal yang menyampaikan lagu Selagi Ada dan Dilaila, Spider (Ngm Ho/Aladin), Zizan Razak dan Kaka (Bawaku Pergi/Infiniti), Aizat (Kau dan Aku/ Jerrypah/ Sungai Lui/ Hanya Kau Yang Mampu), Roman (Misiku Kuza), Apek, Altimet dan Isma (Pak Pong), Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2012 1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai |
Gadis M2 kembali semula Ahad ini Posted: 16 Jun 2013 04:49 AM PDT Program pencarian selebriti terunggul, Gadis M2 tidak bersiaran di saluran Astro Ria, semalam kerana memberi laluan kepada Anugerah Blockbuster yang berlangsung di Stadium Tertutup Johor Bahru, malam Sabtu lalu. Selepas berehat minggu lalu, Gadis M2 kembali semula Ahad, 23 Jun ini dengan menyaksikan tujuh lagi peserta meneruskan perjuangan mereka untuk merebut gelaran juara yang menawarkan kontrak pengurusan bernilai RM100,000.
Mereka ialah Nur Syifa Athirah Amirol Melvin (Syifa),19, dari Parit Buntar, Perak; Alia Afiqah Abden (Lia) 21, Tawau, Sabah; Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf (Sarah) 22, Ampang, Selangor; Nur Afiqah Mohd Azmi (Fify), 22, Subang Jaya, Selangor; Siti Nursyahira Nabila (She) 23, Subang Jaya, Selangor; Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra) 21, Setapak, Kuala Lumpur serta Nur Asikin Kamarudin (Ekin) 24, Masjid Tanah, Melaka. Program ini turut menawarkan tiket penerbangan ke Paris oleh AirFrance, barangan Rafflesia bernilai RM30,000, tajaan pembiayaan daripada Snips Institute of Creative Arts bernilai RM20,000 dan turut menghiasi enam muka surat majalah Intrend.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |