Harian Metro: Rap
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Rap |
Advertorial: White House jadi tumpuan Posted: 25 Jun 2013 05:23 AM PDT Dramatik dan eksplosif adahlah tanda-tanda sebuah filem dari pengarah Roland Emmerich tetapi walaupun tema aksi bukan asing kepadanya, 'White House Down' merupakan satu cabaran unik bagi Emmerich. Setelah meletupkan White House di dalam 'Independence Day' (1996) dan menghempaskan pengangkut pesawat USS John F. Kennedy melaluinya dalam filem '2012' (2009), Emmerich berdepan dengan satu dilema - bolehkah dia menjadikan White House sebagai sasaran sekali lagi? Jawapannya adalah "Ya". Melihat pada watak-watak yang diketengahkan serta naratif cerita yang berbeza dan menggabungkan elemen aksi dengan genre 'political thriller', Emmerich memutuskan untuk menghidupkan skrip yang ditulis James Vanderbilt.
Meskipun kisah 'White House Down' hanyalah satu rekaan tetapi ia berlatarbelakangkan dunia yang nyata, yang mempunyai budaya dan peraturan yang jelas. Persoalan yang mungkin bermain di fikiran ramai sebelum ini – Apa rupa terminal komputer di White House? Apa yang kelihatan di skrin monitor bila pekerja White House 'log in'? Butang jenis apa yang dipakai anggota Kongres di lapel baju mereka supaya pihak keselamatan tahu mereka ahli Kongres? Bagaimana dialog politik dan tentera? Apa tindakan polis apabila sekumpulan orang berkumpul di White House? – semuanya akan dipertontonkan secara terperinci di 'White House Down'. Ceritanya bermula dengan John Cale (lakonan Channing Tatum), seorang anggota polis yang telah ditolak permohonannya untuk menyertai Secret Service yang bertanggungjawab mengawal keselamatan Presiden James Sawyer (Jamie Foxx). Enggan mengecewakan anak perempuannya yang meletak Sawyer sebagai idolanya, Cale membawanya menyertai lawatan ke White House. Malangnya pada hari itu, White House diserang sekumpulan lelaki bersenjata. Kini, terpulang pada Cale untuk menyelamatkan anaknya, Prsiden dan tanahairnya. 'White House Down' akan menemui penonton bermula 27 Jun 2013. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/25 |
Posted: 25 Jun 2013 05:15 AM PDT Seperti dijanjikan, Rosli Mohalim yang juga pemain gitar kumpulan rock legenda, Sweet Charity menampilkan aksi mantap dalam persembahan Tribute To 70's Rock di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dalam kalangan generasi baru, nama Rosli mungkin agak asing. Namun, bagi peminat Sweet Charity dan pengikut tegar muzik rock era 70-an, Rosli adalah antara yang terhebat. Sebelum kemunculan pemain-pemain gitar hebat tempatan seperti Man Kidal, Hillary Ang, Allahyarham Samad Lefthanded, Joe Wings, Kid Search, Sham Kamikaze dan Edrie Hashim, Rosli terlebih dulu mencuri perhatian peminat. Kini dalam usia 59 tahun, dia masih gagah di pentas dengan gitar Fender Stratocaster American Standard yang menjadi pilihannya sejak dulu. WALAUPUN tidak ramai penonton, namun sebahagian besarnya adalah peminat tegar Rosli dan Sweet Charity. BERSAMA gitar Fender Stratocaster American Standard, Rosli memukau penonton dengan permainan mantap.
"Ini persembahan berskala kecil istimewa untuk mereka yang meminati permainan gitar saya dan peminat lagu rock era 70-an. Ia lebih kepada nostalgia kerana lagu itulah yang banyak memberi pengaruh kepada karier muzik saya hingga sekarang," katanya. Rosli yang diiringi pemuzik seperti Fatzlane (penyanyi), Shahrin (penyanyi), Mascolin (keyboard), Awie (bass), Yunus (bass), Syed (dram) dan Mie Apache (dram). Mereka silih berganti mengiringi persembahan Rosli. Dengan hanya instrumentasi minimum iaitu gitar, bass, dram dan keyboard, kumpulan yang juga dikenali sebagai Rosli Mohalim & Friends ini menampilkan teknik permainan cukup mantap membawakan lagu-lagu 'cover' daripada band-band rock 70-an seperti Deep Purple, Black Sabbath, Led Zeppelin, Rolling Stones, The Beatles, Rainbow, Bad Company, Creedance Clearwater Revival dan banyak lagi. Bermula dengan lagu Come Together (The Beatles), American Woman (The Guess Who) dan Them Changes (Buddy Miles dan Carlos Santana), Rosli turut menunjukkan bakatnya sebagai penyanyi. Kemudian bersama penyanyi Fatzlane dan Shahrin, mereka silih berganti membawakan lagu You Really Got Me (The Kinks), Ready For Love (Bad Company), I Want To Break Free (Queen), Temple Of The King (Rainbow), Honky Tonk Woman (The Rolling Stones), Black Night (Deep Purple) dan Stairway To Heaven (Led Zeppelin). Kelebihan dimiliki Rosli ialah beliau mampu memainkan lagu terbabit dengan 'sound' dan 'tone' yang seakan-akan sama dengan lagu asalnya seperti mana yang kita dengar menerusi piring hitam atau cakera padat. Rosli kemudian menghangatkan ruang persembahan yang kecil itu dengan lagu Smoke On The Water (Deep Purple), Paranoid (Black Sabbath), Purple Haze (Jimi Hendrix), Whole Lotta Love (Led Zeppelin), Born To Be Wild (Steppenwolf), Highway Star (Deep Purple) sebelum menutup persembahan dengan lagu Burn (Deep Purple). Di pentas yang sama penonton turut 'dikejutkan' dengan persembahan istimewa daripada band jemputan iaitu Soundmakers. Apa yang menarik, band terbabit dianggotai lima remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan mereka memainkan lagu-lagu rock era 70-an dan 80-an. Soundmakers yang dianggotai Hakim, 16 (penyanyi), Wan, 17 (gitar), Jimi, 17 (bass), Syafiq, 17 (dram) dan Hafiz, 12 (keyboard) membawakan tiga lagu iaitu Have You Ever Seen A Rain (Creedance Clearwater Revival), Knockin' On Heaven's Door (Guns N' Roses) dan Highway Star (Deep Purple). Dalam pada itu, Rosli yang ditemui selepas persembahan bercadang mengadakan persembahan setiap bulan di situ. "Mungkin selepas ini kita akan membuat tema berbeza setiap bulan. Contohnya bulan ini, kami memainkan lagu Deep Purple manakala bulan seterusnya lagu daripada Led Zeppelin," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |