Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
Posted: 25 Jun 2013 09:03 AM PDT London: Ketika orang biasa sibuk merancang sambutan hari lahir atau merancang percutian apabila berusia 40 tahun, Angelica Bull pula memilih merangka pelan pengebumiannya sendiri. Di sebalik usia yang masih awal dan tidak menghidap sebarang penyakit, Angelica mula membuat perancangan itu tiga tahun lalu. Katanya, semua butiran pengebumian itu dicatatkan, termasuk jenis bunga yang akan dijadikan hiasan, lagu yang akan dimainkan serta jenis keranda yang diingini.
Menurut Angelica, 43, dia menyimpan wang bernilai £6,000 (RM29,498) untuk menampung kos menguruskan mayatnya.
ANGELICA mencuba keranda yang dipilihnya. BUTIRAN pengebumian dicatatkan supaya ia dapat berjalan lancar. "Semua orang berkata, hidup bermula pada usia 40 tahun, tetapi saya asyik terfikir jika keadaan sebaliknya berlaku," katanya. Angelica mula mengumpul katalog dari syarikat menguruskan mayat untuk mencari keranda yang sesuai serta kelengkapan lain. Untuk muzik, Angelica memilih tiga lagu, iaitu The Sheik Of Araby oleh Louis Prima, One nyanyian U2 dan Gimme Shelter (Rolling Stones). - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/25 |
Flo Rida berhabis wang demi kereta Posted: 25 Jun 2013 08:51 AM PDT Miami: Memiliki kereta bernilai AS$1.7 juta (RM5.4 juta) ternyata tidak memadai bagi penyanyi rap Flo Rida apabila dia menghabiskan lebih banyak wang untuk menghiasi kenderaan itu. Bagi Flo Rida, kereta Bugatti Veyron itu hanya kelihatan sempurna apabila dihiasi dengan pelbagai ciri kemewahan. Dia mempamerkan kemegahan itu ketika berdepan masalah kewangan. dan tahun lalu hak pemilikan rumahnya dilucutkan kerana terbabit dalam tunggakan cukai bernilai AS$1 juta (RM3.2 juta).
Katanya, warna asal kereta itu ialah putih sebelum ditukar menjadi krom. "Nampaknya Flo Rida mahu memiliki kenderaan yang lain daripada lain," katanya. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |