Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 17 Jun 2013 11:37 AM PDT Shah Alam: Nyawa penduduk Pangsapuri Indahria terus menjadi teka-teki berikutan maklum balas yang berbeza daripada Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu 3 Rodziah Ismail. Rodziah ketika ditemui berkata, pangsapuri berkenaan selamat untuk diduduki kerana tiada arahan mengosongkan bangunan dikeluarkan daripada sesiapa walaupun IKRAM melaporkan terdapat pergerakan tanah tempat letak kereta pangsapuri itu.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bersama penduduk, wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan IKRAM di Wisma MBSA, di sini, semalam.
WAKIL penduduk, Aimanudin Kamaruddin (dua dari kiri) berbincang dengan pegawai IKRAM. "Kita keliru dengan dua kenyataan berbeza daripada Rodziah dan IKRAM. Bagaimana dia boleh kata selamat, tetapi menurut laporan yang dibentangkan IKRAM berbeza. Mana satu yang perlu kita ikut? "Dalam sesi pertemuan itu juga, IKRAM memaklumkan pergerakan yang berlaku berdekatan blok pangsapuri ini berkemungkinan besar akan mempengaruhi blok dalam masa yang akan datang.
Shukri berkata, terkini pihaknya dikejutkan dengan beberapa retakan pada kawasan balkoni rumah mereka dan hanya mampu berdoa agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |