Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Jun 2013 01:27 PM PDT Pelabuhan Klang: Seorang warga Myanmar yang memandu kenderaan pengangkut barang (forklift) maut selepas dihempap kontena dibawa sebuah kren di stor penyimpanan kontena di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 4.20 pagi, mangsa berusia 31 tahun mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4.30 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kejadian. beberapa minit kemudian.
BOMBA mengeluarkan mayat mangsa. "Bomba mengambil masa 10 minit untuk memotong besi yang menghempap mangsa sebelum mengeluarkannya. "Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala kerana dihempap besi," katanya. kepada Metro Ahad, semalam.
Muatan kontena yang berat menghempap bumbung forklift menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |