{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


Rugi RM500,000 kereta, 10 jam tangan dikebas

Posted: 26 Jun 2013 01:56 PM PDT

Petaling Jaya: Seorang pengurus jualan sebuah syarikat swasta kerugian lebih RM500,000 selepas kereta Volkswagen Scirocco bersama 10 jam tangan pelbagai jenama dilarikan penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Kelana Jaya, malam kelmarin.

Kejadian itu disedari mangsa yang dikenali sebagai Raymond Ko, 37, pada jam 9.40 malam selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya yang memaklumkan kejadian itu.


Menurut Raymond, turut hilang ialah wang RM7,000 dan mata wang Australia kira-kira RM2,000 yang disimpan dalam biliknya.

"Selepas saya keluar bersama isteri jam 9 malam, seorang jiran saya ternampak sebuah kereta Volkswagen dinaiki enam lelaki tidak dikenali berada di depan rumah.


"Jiran kemudian memaklumkan perkara itu kepada Kelab Rukun Tetangga perumahan, namun sebaik mereka tiba suspek sudah melarikan diri dan pemeriksaan mendapati rumah saya dipecah masuk," katanya.


Katanya, suspek masuk dalam rumah teres dua tingkat itu dengan memotong batang besi pada pintu jeriji di bahagian hadapan menyebabkan sistem penggera tidak berbunyi.

Foto

KO menunjukkan pintu jeriji rumahnya yang diumpil penjenayah.

"Mereka masuk melalui lubang kecil itu dengan memotong dua besi pada pintu jeriji selepas memecahkan pintu kayu di bahagian hadapan.


"Untuk melarikan kereta Volkswagen saya di dalam garaj, mereka merosakkan pintu pagar automatik rumah," katanya yang memberitahu jam tangan yang hilang itu koleksi terhad bernilai RM300,000.

Katanya, suspek hanya menggeledah tingkat atas rumah berkenaan termasuk bilik tidur utama kira-kira setengah jam sebelum membawa lari kereta mangsa.


Difahamkan, rumah berkenaan tidak diawasi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebaliknya memiliki sistem penggera rumah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/27

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat