Harian Metro: Setempat
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Setempat |
Posted: 04 Jun 2013 12:02 PM PDT Shah Alam: "Sewaktu sedang tidur, tiba-tiba saya dikejutkan dengan suara orang menjerit meminta saya menyelamatkan diri. Saya tersentak bila melihat api marak membakar rumah jiran dan tanpa membuang masa saya terus menyelamatkan barangan di dalam rumah. "Walaupun hanya mampu menyelamatkan beberapa barangan elektrik termasuk kereta, saya bersyukur kerana isteri yang kini sedang sarat mengandung anak sulung tiada di rumah sewaktu kejadian," kata Duren Azni Salamon antara mangsa kejadian tiga rumah papan terbakar di Jalan Berangan 2, Padang Jawa, di sini, semalam.
Menurutnya, selepas terkejut dengan kebakaran yang berlaku, dia hanya terfikir untuk menyelamatkan diri dan dengan bantuan jiran, dia berjaya menyelamatkan barangan.
ANGGOTA bomba giat memadamkan api yang memusnahkan tiga kediaman papan, semalam. Saksi kejadian, Rizwan Mohd Sapri, 38, berkata, dia mengetahui kebakaran rumah yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya selepas mendengar jeritan jiran.
"Saya turut bergegas ke bahagian dapur dan mengeluarkan tong gas kerana bimbang letupan akan berlaku dan membahayakan nyawa mangsa dan penduduk yang tinggal berhampiran.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |