{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Setempat

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Setempat


80 pemilik tanah diarah tanam semula pokok

Posted: 06 Jun 2013 11:55 AM PDT

Kuala Lumpur: Pejabat Tanah dan Daerah Gombak (PTDG) sedang mencari lebih 80 pemilik tanah yang diteroka di Permatang Kuarza Genting Klang, dekat sini.

Pegawai Daerah Gombak Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, PTDG akan segera menghubungi semua pemilik tanah yang memiliki sehingga satu hektar bagi setiap lot bagi membolehkan pihaknya menyerahkan notis 7A iaitu mengarahkan kerja baik pulih segera dilakukan.


"Mereka perlu membaik pulih tanah terbabit termasuk menanam semula pokok di kawasan yang sudah dibersihkan.

"Jika mereka gagal melakukannya dalam tempoh tiga bulan, PTDG akan mengeluarkan notis 7B iaitu pemilik tanah perlu mengemukakan rayuan dan tunjuk sebab mengapa mereka gagal membaikpulih kawasan terbabit seperti yang diarahkan.


"Bagaimanapun, jika mereka masih gagal mematuhi arahan, PTDG akan mengeluarkan notis 8A dan rampasan tanah akan dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya lagi, tindakan tegas itu diambil selepas pihaknya mendapati semua pemilik terbabit melanggar syarat tanah yang ditetapkan menyebabkan tiada ganti rugi diberikan kepada mereka selepas tanah itu dirampas.

Foto

LORI mengangkut tanah di kawasan Permatang Kuarza Genting Klang.

"Tanah terbabit adalah kawasan pertanian, malangnya pemilik tanah bertindak mengubahnya dan berdasarkan penerokaan dan kerja meratakan tanah berkemungkinan ia dijadikan kawasan komersial atau sebagainya.


"Kami sudah mengemukakan laporan berhubung kejadian itu kepada kerajaan negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains sedang mengkaji kawasan terbabit terutama membabitkan isu perlombongan batu kuarza yang dilakukan secara haram.

"PTDG bimbang sekiranya pemilik tanah gagal dihubungi kerana berpindah dari alamat terakhir yang didaftarkan dalam rekod kami. Justeru, saya berharap agar pemilik tanah terbabit dan masih belum menerima sebarang notis agar segera menghubungi PTDG," katanya.


Selasa lalu, akhbar ini menyiarkan mengenai aktiviti penerokaan termasuk kerja menambak tanah serta tapak pembuangan sampah secara haram berlaku di kawasan Permatang Kuarza Genting Klang sejak dua tahun lalu.


Selain menyebabkan kawasan itu terdedah kerana hampir 121 hektar tanah diteroka sewenang-wenangnya, paling membimbangkan jajaran batu kuarza sepanjang 14 kilometer yang turut terdapat Bukit Tabur menjadi tidak stabil atau runtuh.


Keadaan itu dikhuatiri boleh menyebabkan puluhan ribu rumah tenggelam sekiranya Empangan Genting Klang yang terletak bersebelahan jajaran batu berkenaan, pecah dan air melimpah ke kawasan rendah.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin menyifatkan tindakan perlombongan batu kuarza itu sebagai menceroboh dan mencuri memandangkan tiada lesen dikeluarkan untuk aktiviti itu.


Menurutnya lagi, kerajaan negeri sukar membuat pemantauan penerokaan secara haram di situ atas faktor keluasan kawasan Permatang Kuarza Genting Klang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat