{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Hadi Ho Ketua JSJ Bukit Aman yang baharu

Posted: 07 Jun 2013 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Jun - Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Hadi Ho Abdullah dilantik sebagai pengarah jabatan itu, berkuat kuasa serta merta menggantikan Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin yang kini Timbalan Ketua Polis Negara.

Hadi Ho, 59, akan memangku pangkat Komisioner, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Ketua Cawangan Khas Polis Kontinjen Perak, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd. Ab. Rahman Harun pula dilantik sebagai Pegawai Khas PDRM kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Setiausaha Bahagian NKRA, Kementerian Dalam Negeri, Asisten Komisioner (ACP) Jamaludin Ibrahim dilantik sebagai Komander Unit Tindakan Khas Bukit Aman, dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muar, Johor dengan memangku pangkat ACP.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Briged Tenggara, Supritendan Rooslan Radzi dilantik sebagai Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, dengan memangku pangkat ACP.

Penolong Pengarah (Teknikal/Surveillance) JSJ Narkotik Bukit Aman, Supritendan Ab. Rahman Nawi pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Risikan Zon 1, JSJ Narkotik Bukit Aman, memangku pangkat ACP.

Menurut kenyataan itu, pertukaran dan kenaikan pangkat berkenaan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan PDRM. - BERNAMA

DBP puas hati audit bahasa di jabatan kerajaan

Posted: 07 Jun 2013 03:03 AM PDT

BESUT 7 Jun - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpuas hati dengan kerja Audit Bahasa yang dilakukannya ke atas kementerian, jabatan dan agensi kerajaan setakat ini yang diyakini memberi manfaat kepada DBP dan pihak diaudit.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, usaha itu akan diteruskan sehingga semua jabatan dan agensi kerajaan termasuk di peringkat negeri, diaudit.

DBP baru sahaja menyelesaikan audit ke atas Jabatan Perkhidmatan Awam mengikut jadual yang ditetapkan dan akan ke Kementerian Pendidikan selepas ini, katanya kepada Bernama, di sini hari ini,

Audit bahasa itu akan diteruskan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebelum menjelajah ke setiap negeri.

Menurut Awang, DBP akan mengeluarkan laporan apabila proses audit itu selesai dilakukan pada 2014.

Laporan itu akan menyatakan prestasi penggunaan bahasa pihak yang diaudit bagi tujuan penambahbaikan dan lain-lain, katanya. - BERNAMA

Panel cadang SPRM di bawah Jawatankuasa Parlimen

Posted: 07 Jun 2013 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Jun - Kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diletakkan di bawah sebuah jawatankuasa khas parlimen seperti yang dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), cadang Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaaffar berkata, SPRM dalam bentuk sekarang tidak dapat melepaskan diri daripada isu persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kebebasan, integriti dan kemampuannya.

"Sudah sampai masanya kerajaan mengambil kira semua pandangan, kecaman dan tuduhan yang dilemparkan pelbagai pihak mengenai nama baik dan imej SPRM sebelum, sewaktu dan sesudah pilihan raya umum ke-13.

"Sebahagian besar pandangan, kecaman dan tuduhan terhadap SPRM ini tidak berasas dan berniat jahat, tetapi PPPR berpendapat SPRM akan terus berdepan dengan soal persepsi ini selagi SPRM berada dalam kedudukannya sekarang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada 1 Jun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada jawatankuasa khas yang diwakili anggota parlimen daripada semua parti politik kerajaan atau pembangkang.

Johan berkata, SPRM merupakan entiti yang diwujudkan berasaskan peruntukan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, bukan hanya sebuah jabatan kerajaan yang harus tunduk pada kuasa pentadbiran atau eksekutif seperti pandangan rakyat umum.

Sehubungan itu, beliau berkata PPPR menggesa kerajaan mengambil lima langkah segera ke arah merealisasikan cadangan berkenaan.

* menubuhkan satu panel bebas dan dwipartisan dianggotai semua parti politik bagi mengkaji akta dan peruntukan bagi membolehkan SPRM diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen;

* menyediakan garis masa bagi merealisasikan cadangan itu;

* suruhanjaya dibentuk kelak perlu ditukar nama dengan memasukkan perkataan 'bebas' menjadi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Malaysia (SBPRM) mengambil model banyak agensi rasuah di luar negara. Perkataan 'Bebas' membawa makna yang kuat dan sesuai dengan imej baru SPRM.

* memastikan terma baharu pesuruhjaya SPRM sesuai dengan kedudukan baharunya.

* pelantikan pesuruhjaya SPRM dibuat menggunakan model 'Congressional Hearing' di Amerika Syarikat iaitu calon presiden bagi satu-satu jawatan strategik harus melalui proses 'Confirmation Hearing'. Hanya individu melepasi tahap itu sahaja dipertimbangkan ke jawatan tersebut.

"Panel ini berpendapat cadangan ini perlu dilaksanakan serta-merta. Panel juga berpendapat dalam memerangi rasuah, SPRM bukan sahaja harus 'bersih' tetapi 'kelihatan bersih'," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat