Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Tanggungjawab berat PierreMULA berkenalan dua tahun lalu, namun tiada bibit-bibit cinta yang terbit di antara pelakon dan pengarah, Pierre Andre Nazrul Andre atau lebih dikenali sebagai Pierre Andre dengan model iklan, Siti Nur Hidayah Hashim. Siapa boleh menolak jodoh ketentuan Tuhan. Pierre, 28, bertemu semula dengan Siti Nur Hidayah atau lebih mesra disapa Hidayah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu. Pertemuan semula itu telah menimbulkan bibit-bibit cinta, namun Pierre didatangi dengan perasaan was-was ketika mahu memperisterikan Hidayah kerana wanita itu seorang model. Ia ekoran Pierre sudah berhijrah dan mendalami ilmu agama sejak setahun lalu. Pierre juga menerima cemuhan sesetengah orang yang mengatakan dirinya sudah berhijrah tetapi bercinta dengan model yang tidak bertudung. "Ada orang mengata, saya sudah berhijrah tetapi kekasih tidak pakai tudung. Pada mulanya, ya, memang saya rasa 50 peratus was-was mahu memperisterikan dia tetapi selepas mengenalinya lebih dekat dia banyak ingatkan saya tentang solat, malah dia juga menjaga solatnya. "Walaupun dia model tetapi dia tidak bergaul bebas dan tidak keluar malam. Kami saling membimbing dan disebabkan itu saya terbuka memperisterikannya," ujar Pierre yang akan terus membimbing isterinya selepas ini. SIFAT sederhana yang ada pada diri Pierre merupakan antara faktor yang membuatkan Hidayah terpikat. Gementar Tepat pukul 2 petang, dengan sekali lafaz dan mas kahwin sebanyak RM300, Hidayah, 26, sah menjadi milik Pierre yang juga merupakan anak kepada pelakon veteran, Khatijah Tan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang, Mohd. Zuhdi Razali. Berkongsi rasa, Pierre mengakui berasa gementar sebelum diijab kabul, namun perasaan sedih mula menular selepas dia sah menjadi suami kepada Hidayah. "Pada mulanya saya rasa gementar sampai hendak pengsan. Saya ingat mungkin tujuh kali saya diakad nikah sebab gementar sangat. "Namun alhamdulillah, Allah lancarkan sebutan saya. Selepas akad nikah tiba-tiba rasa sebak dan baru saya tahu perasaan orang selepas dinikahkan," tuturnya sebaik selesai majlis akad nikah di Masjid Al-Ikhlas tersebut. Sementara itu, Hidayah ketika ditanya mengenai apa yang membuatkannya tertarik dengan pengarah dan pelakon filem Jangan Pandang Belakang tersebut menganggap Pierre seorang yang sangat sederhana dan mereka juga memiliki banyak persamaan. "Saya suka keperibadiannya yang sederhana. Kami juga banyak persamaan dari segi makanan kegemaran dan juga aktiviti yang dilakukan seperti joging," kongsinya sambil tersenyum manja memandang suaminya. Selain mas kahwin, Hidayah juga menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 berserta tujuh dulang hantaran. Antaranya adalah telefon pintar iPhone 5, set barangan kemas, beg tangan Guess, jam tangan, sirih junjung, telekung dan haruman. Pierre pula menerima balasan sembilan dulang hantaran seperti buku penjagaan binatang, kamera, permainan video, jam tangan, kasut, manisan dan sirih junjung. ANTARA barangan hantaran pengantin lelaki yang digubah indah istimewa untuk mempelai perempuan. Teruskan karier peragaan Ditebak sama ada dia bakal meneruskan pekerjaannya sebagai model memandangkan kini sudah menjadi isteri Pierre, ujar Hidayah, dia masih bekerja di bidang itu. "Cuma saya akan meminta pandangan suami terlebih dahulu jika menerima mana-mana tawaran peragaan." Disoal kepada Pierre pula, dia mengakui tanggungjawabnya semakin berat selepas menjadi suami. "Isteri adalah anugerah Allah yang perlu dijaga oleh suami, bukan dikongkong atau diletak dalam peti kaca. "Saya bersyukur dengan pemberian-Nya. Pemberian yang datang dengan tanggungjawab besar," ulasnya dengan penuh makna. Pasangan tersebut masih belum mempunyai tarikh untuk mengadakan majlis resepsi. Kemungkinan pihak perempuan akan mengadakan majlis resepsi selepas sambutan Aidilfitri manakala pihak Pierre pula pada bulan Disember nanti. | |
Bienda enggan campur tangan urusan keluarga Posted: Bienda enggan campur tangan urusan keluargaOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
BIENDA memilih pendekatan enggan masuk campur urusan yang membabitkan ibunya iaitu penyanyi terkenal era 90-an, Sheeda dan bapa tirinya, Ahmad Fazli berhubung kes tuntutan hak penjagaan adiknya, Nur Fazlinda. Kata Bienda, dia enggan mengeluarkan komen lanjut yang boleh membuka aib keluarganya kepada orang ramai. Malah, pelantun lagu Penantian itu mengakui sering menasihati kedua-dua belah pihak agar tidak merumitkan masalah yang sedang meruncing. "Sudah banyak kali saya nasihatkan supaya urusan keluarga jangan diperbesar-besarkan tetapi saya tidak sangka pula kes tuntutan hak penjagaan adik saya itu semakin menjadi isu besar. "Selagi boleh diselesaikan, kita selesaikan dengan cara baik tanpa perlu melibatkan orang luar. Saya sayangkan mereka berdua dan tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi kedua-dua pihak perlu profesional dan memikirkan mengenai anak-anak mereka. "Jangan pentingkan diri dan bertindak secara rasional," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran eKekCawan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sheeda sebelum itu hadir ke Majlis Sulh (perbincangan) yang turut disertai bekas suaminya, Ahmad Fazli Mohamad untuk berbincang mengenai tuntutan hak penjagaan anak di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur baru-baru ini. Ujar Sheeda, dia tidak dibenarkan berjumpa atau berkomunikasi dengan anaknya, Nur Fazlinda lebih dari tempoh sebulan apabila anaknya diambil oleh bekas suaminya awal bulan Mei lalu. Sheeda yang pernah popular dengan lagu Angkat Kaki itu pernah menjadi isteri kepada Ahmad Fazli selama lima tahun dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fazlinda. Kek cawan Menutup kisah pergolakan rumah tangga ibunya, Bienda yang ditemani suaminya Kamarul Zariman Abd. Rahman berkongsi perkembangan terkininya. Kata Bienda atau nama sebenarnya, Nor Razlinda binti Razli, 28, dia bakal membuka sebuah kedai menjual tudung rekaannya tidak lama lagi di lokasi yang enggan didedahkan lagi. "Buat masa sekarang saya sudah mempunyai sembilan rekaan tudung hasil cetusan idea saya sendiri. Insya-Allah kedai saya akan dibuka menjelang bulan Ramadan ini. "Jika sebelum ini saya sering berniaga di bazar malam setiap kali tibanya bulan Ramadan, tahun ini mungkin saya akan terus membuka gerai tudung saya di lokasi sama di Cheras," katanya mengenai perniagaan tudung Bienda Lavienda. Selain itu, Bienda turut berkolaborasi dengan Chef Yang Jamil untuk mengusahakan perniagaan kek cawan yang diberi nama eKekCawan berkonsepkan Grab and Go. Menerusi usaha sama itu, Bienda dan Chef Yang akan menyediakan produk kek cawan kepada pengusaha yang berminat untuk membuka cawangan di lokasi pilihan masing-masing. "Berteraskan modal RM168,000 untuk membuka sebuah cawangan eKekCawan, peniaga tidak perlu runsing memikirkan bahan mentah yang sudah pastinya akan kami bekalkan," katanya. Nyanyian Sementara itu, Bienda menjelaskan, dia tidak sesekali mengetepikan kerjaya nyanyiannya dan memberitahu bakal merakamkan sebuah single bersama band Pesawat tidak lama lagi. "Saya baru selesai merakamkan single berjudul Permata bersama Edrie Hashim dan selepas ini akan berkolaborasi dengan vokalis band Pesawat, Jipie untuk sebuah single berkonsepkan lagu ketuhanan," ujar Bienda. Dalam pada itu, Bienda mengakui yang dia kini terpaksa lebih memilih tawaran untuk berlakon memandangkan dia masih memberikan susu badan kepada anaknya, Lavienda Namira yang kini berusia setahun empat bulan. "Saya rindu untuk berlakon tetapi saya perlu lebih cerewet dan memilih tempat atau waktu yang sesuai. Kali terakhir berlakon sekitar tujuh bulan lalu iaitu drama Sebumbung dan ketika itu saya terpaksa membawa anak saya bersama ketika penggambaran," jelasnya. Bienda bagaimanapun mengakui yang dia telah dinasihatkan untuk mengandung dalam tempoh terdekat memandangkan kelahiran sebelum ini menjalani proses pembedahan cesarean. | |
Posted: Anis Nabilah teruk dibidasOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
PROGRAM realiti televi- syen, Dream Sisters yang telah bersiaran beberapa bulan lalu kian hangat meraih kritikan pedas daripada penonton. Jika sebelum ini program tersebut dikatakan syok sendiri dan cuba meniru konsep rancangan Keeping Up With Kardashian, kini timbul pula isu bahawa ia menyim- pang dari sudut agama Islam atau lebih tepat lagi terlalu sekular. Menjawab tuduhan yang dilemparkan menerusi beberapa laman sesawang internet itu, chef selebriti Anis Nabilah mengakui, dia terkejut dan terkilan dengan dakwaan sedemikian. Katanya, adalah sangat melampau untuk menuduh dirinya dan keluarga tidak mengamalkan ajaran agama Islam di rumah dengan hanya berbekalkan secebis kisah kehidupan realiti mereka dipaparkan di kaca TV. Anis atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin, 27, yang baru berdepan kerugian disamun ketika sedang berjalan di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini meluahkan kekesalannya terhadap tuduhan tersebut. Ikuti temu bual Anis Nabilah bersama Kosmo! yang ditemui ketika majlis ramah mesra program Seindah Ramadan TV9 di restoran Marcha Movenpick di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Kosmo!: Timbul dakwaan baru-baru ini di internet berkenaan program realiti TV, Dream Sisters yang mengeksploitasi wanita dan menampilkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Barat serta mengasingkan agama Islam daripada kehidupan. Komen Anis? ANIS NABILAH: Wow! Saya terkesima dan terkejut mendengar perkara ini. Saya tidak tahu kenapa timbul komen sebegitu. Walaupun program itu tidak menunjukkan amalan Islam seperti solat tetapi unsur-unsur Islam lain masih ada dan kami adik-beradik dibesarkan dan dididik berteraskan agama Islam. Contohnya, majlis akad nikah adik saya dilangsungkan di dalam masjid dan mengikut syariat yang ditetapkan dalam agama Islam. Jadi pada pandangan Anis, pihak manakah yang patut dipersalahkan? Kebebasan media sosial mungkin menjadi salah satu faktor untuk sesiapa saja bercakap sewenang-wenangnya dan menghukum tanpa berfikir. Ruang itu memberikan peluang untuk sesiapa saja bercakap. Adakah benar bahawa kehidupan realiti Anis dan keluarga tidak bercirikan agama Islam? Setiap hari saya berdoa supaya diberikan hidayah agar suatu hari nanti saya akan berhijab. Kami tidak mahu menjadi sesuatu yang bukan kami. Jelas sekali itu tidak benar kerana Dream Sisters tidak memaparkan kehidupan kami 24 jam. Adalah tidak adil untuk bercakap begitu kepada kami, malah rancangan itu fokusnya adalah kerjaya kami dan usaha untuk memberikan inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya. Mungkin Anis sendiri ada musuh sehingga mereka sanggup memburuk-burukkan anda sekeluarga? Saya tidak tahu. Itu pendapat masing-masing dan setiap individu bertanggungjawab terhadap pandangan yang dilontarkan. Saya tidak menjangkakan semua penonton suka dan faham dengan rancangan Dream Sisters. Rancangan itu mahu buktikan tahap saya berada sekarang, bukan sebab main-main tetapi atas usaha dan kerja keras. Sebelum ini timbul juga dakwaan rancangan itu syok sendiri. Komen Anis? Saya merupakan peminat program realiti TV dan kerana Dream Sisters sahaja memperjudikan nama saya sebagai seorang chef selebriti untuk menerima tempias negatif sebegini. Rancangan itu menunjukkan cara untuk mencapai impian dan saya tidak perlukan publisiti murahan untuk mencari rezeki. Sempena bulan Ramadan nanti, anda bakal mengacarakan program masakan Mencari Resipi Turun Temurun untuk musim ketiga. Sudikah Anis kongsikan pengalaman mengendalikan rancangan itu kali ini? Istimewanya, kali ini saya akan meluaskan penjelajahan di sekitar negara Eropah seperti Amsterdam, Hanover, Paris dan Brussels untuk mencari hidangan halal tradisional masyarakat di sana. Seronoknya kerana dapat berjumpa dengan masyarakat Islam dan mualaf di negara luar, berinteraksi dan belajar memasak hidangan halal yang biasanya menjadi masalah utama di negara asing. Salah satu menu yang menarik minat saya adalah Germ Knodel iaitu pau yang berintikan jem buah plum yang saya pelajari ketika berada di kawasan pergunungan Jerman. Mencari Resipi Turun Temurun akan disiarkan bermula 15 Julai pada setiap hari Isnin dan Selasa pukul 6.37 petang di TV9. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |