Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Lawatan sulung Menteri Pertahanan ke TLDM Lumut
- UMS juara kejohanan bola jaring anjuran Kokum
- ILKS bimbing 135 anak Perlis
Lawatan sulung Menteri Pertahanan ke TLDM Lumut Posted: Lawatan sulung Menteri Pertahanan ke TLDM Lumut
TURUN PADANG. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak baru-baru ini. Ia merupakan kunjungan sulung beliau ke markas tersebut selepas dilantik menerajui kementerian itu pada 15 Mei lalu. Kehadiran beliau disambut oleh Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Selepas menerima tabik hormat di Markas Armada, Hishammuddin dibawa melawat kapal KD Jebat, Simulasi Anjungan dan Pusat Kecemerlangan Sukan Air serta menyaksikan demonstrasi daripada Pasukan Khas Laut. "Saya akan turun padang untuk meneliti secara dekat bagi memastikan semua sayap Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa kini dan akan datang," katanya. | |
UMS juara kejohanan bola jaring anjuran Kokum Posted: UMS juara kejohanan bola jaring anjuran KokumBARISAN pasukan bola jaring UMS yang menjuarai Kejohanan Bola Jaring Kelab Kokurikulum 2013 di Kompleks Sukan UMS, Sabah baru-baru ini. HEBAT. Pasukan bola jaring Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuktikan kehebatan mereka apabila menjuarai Kejohanan Bola Jaring Kelab Kokurikulum 2013 di Kompleks Sukan UMS, Sabah baru-baru ini. Kejohanan anjuran Kelab Kokurikulum (Kokum) itu bertujuan mencungkil bakat baharu pelajar yang boleh diketengahkan dalam pelbagai kejohanan seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Sukan Universiti ASEAN. Pada kejohanan itu, pasukan UMS yang dibarisi pelajar-pelajar Sains Sukan ternyata sukar ditandingi apabila memenangi kesemua perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar. Pasukan itu menewaskan kumpulan Mascom 18-1 pada perlawanan pertama sebelum membelasah pasukan Kokum 14-1 dan pasukan G-United 14-3 untuk dinobatkan juara keseluruhan. | |
Posted: ILKS bimbing 135 anak PerlisAZLAN (tiga dari kiri) menerima dokumen perjanjian daripada wakil enam ILKS yang bakal memberikan latihan kepada anak-anak negeri Perlis di Kangar baru-baru ini. BIMBING. Sebanyak enam Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) dipilih bagi melatih 135 anak kelahiran Perlis yang ditaja oleh kerajaan negeri untuk mengikuti program pengajian selama 10 bulan yang disediakan di kesemua institut berkenaan. Kerajaan Perlis telah memperuntukkan sebanyak RM1,145,000 sebagai perbelanjaan sepanjang latihan berkenaan. Para peserta yang dipilih itu datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Keenam-enam ILKS tersebut ialah Institut Kemahiran Langkasuka, i-System Training Centre, Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah, Institut Wawasan, Pusat Teknikal Spectrum Sdn. Bhd. dan SLC Sdn. Bhd. Majlis menandatangani memorandum perjanjian kerjasama itu dilakukan oleh Menteri Besar Perlis, Azlan Man dengan wakil keenam-enam ILKS terbabit. Majlis yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar, Perlis itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azizan Hamid. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |