Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Ambil lesen memandu kelas B beramai-ramai
- Pupuk kesedaran bina keluarga sejahtera
- Kem UPSR bantu murid Jeli capai kejayaan akademik
Ambil lesen memandu kelas B beramai-ramai Posted: Ambil lesen memandu kelas B beramai-ramai
LULUS. Kira-kira 20 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad berjaya memperoleh lesen memandu kelas B yang diambil secara berkelompok di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn. Bhd. (Surfine Hitech) di Batu 12, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Program anjuran Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dan Surfine Hitech itu merupakan sebahagian daripada persediaan awal KKBUM yang bakal menjayakan Kembara Queen Street (KQS) ke Singapura sempena ulang tahun Utusan Melayu yang ke-75 selama tiga hari bermula 6 Julai depan. Ia disempurnakan Ketua Bahagian Pelesenan dan Pengujian Pemandu JPJ Wilayah Persekutuan, Arbaaton Abd. Rahman. Turut hadir ialah Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan yang juga penasihat KQS; Pengarah Urusan Surfine Hitech, Datuk Hanafi Mat Zin dan Ketua Unit Pengujian JPJ Wilayah Persekutuan, Mohamed Nazreaq Mohamed Ghazali. | |
Pupuk kesedaran bina keluarga sejahtera Posted: Pupuk kesedaran bina keluarga sejahteraHARLINA (berdiri, dua dari kiri) beramah mesra dengan para peserta Seminar Kerjaya dan Kesejahteraan Keluarga di UM, Kuala Lumpur baru-baru ini. SEMINAR. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) telah menganjurkan Seminar Kerjaya dan Kesejahteraan Keluarga bertempat di Auditorium Mercu Alam Bina, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini. Objektif seminar itu adalah untuk membincangkan masalah pasangan yang mempunyai kerjaya serta mencari penyelesaiannya selain menanam kesedaran terhadap kepentingan membentuk keluarga sejahtera. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial Ikram Pusat, Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Kerjaya dan Kesejahteraan Keluarga. Ahli panel kedua iaitu Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Maszlee Malik pula menyampaikan pembentangan yang bertajuk Kerjaya dan Syariah. | |
Kem UPSR bantu murid Jeli capai kejayaan akademik Posted: Kem UPSR bantu murid Jeli capai kejayaan akademikABD. AZIZ (kanan) berbual dengan sebahagian murid tahun enam yang mengikuti program akademik Kem UPSR-Journey Towards Success di Taman Santuari, Tasik Pergau, Jeli, Kelantan baru-baru ini. TIMBA ILMU. Sebanyak 200 murid tahun enam dari tujuh buah sekolah rendah di daerah Jeli, Kelantan mengikuti program akademik Kem Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)-Journey Towards Success yang diadakan di Taman Santuari, Tasik Pergau, Kelantan baru-baru ini. Program itu yang merupakan Program Empower kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan latihan akademik kepada pelajar daripada keluarga miskin yang lemah dalam pelajaran. Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, Datuk Abd. Aziz Derashid dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issac John; Pengurus Besar ECERDC Negeri Kelantan, Jalalludin Omar dan penyelaras program, Tamil Selvam Jebasingam berkata, program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |