Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Stesen Petronas anjur program Pecutan Akhir UPSR
- Majlis AIDS Malaysia dapat sumbangan RM870,000
- Pelajar Politeknik Kota Bharu sertai Walkaton Diraja Kelantan
Stesen Petronas anjur program Pecutan Akhir UPSR Posted: Stesen Petronas anjur program Pecutan Akhir UPSRSHAIDI (empat dari kanan) bersama Syed Azmir (lima dari kanan) dan Mohd. Tarmizi (tujuh dari kiri) pada program Pecutan Akhir UPSR di Ipoh baru-baru ini. CEMERLANG. Stesen Servis Petronas Taman Pengkalan Utama, Ipoh, Perak meneruskan tradisi menganjurkan program motivasi murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh di Ipoh baru-baru ini. Mereka yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi menyertai program Pecutan Akhir UPSR yang dikendalikan pakar motivasi, Mohamad Azir Ismail. Menurut pengurus stesen minyak terbabit, Shaidi Mat Zain, aktiviti itu adalah kesinambungan kepada beberapa program kemasyarakatan yang telah dianjurkan pihaknya di sekolah itu. Program itu turut disertai Pengurus Kawasan Jabatan Jualan Runcit Wilayah Utara 2 Petronas Dagangan Berhad, Syed Azmir Syed Abdullah dan Guru Besar sekolah tersebut, Mohd. Tarmizi Mohd. Tahir. |
Majlis AIDS Malaysia dapat sumbangan RM870,000 Posted: Majlis AIDS Malaysia dapat sumbangan RM870,000ZAITOON (empat dari kanan) menyerahkan sumbangan Yayasan Sime Darby berjumlah RM870,000 kepada Raj (tengah) di Kuala Lumpur baru-baru ini. DERMAWAN. Yayasan Sime Darby menyampaikan sumbangan berjumlah RM870,000 kepada Majlis AIDS Malaysia, bagi membantu badan itu melaksanakan program membantu para pesakit di Jalan Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sumbangan untuk tempoh tiga tahun itu juga bertujuan membantu pertubuhan tersebut menampung kos operasi dan program pemerkasaan advokasi serta dasar-dasar pembangunannya. Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby, Datin Paduka Zaitoon Othman berkata, pemilihan Majlis AIDS Malaysia sebagai penerima sumbangan dana itu disebabkan pertubuhan itu begitu komited membantu penghidap AIDS. "Menerusi sumbangan ini, diharap mereka boleh terus membantu golongan sasar menjalani kehidupan seharian," katanya. Turut hadir, Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Dr. Raj Karim. |
Pelajar Politeknik Kota Bharu sertai Walkaton Diraja Kelantan Posted: Pelajar Politeknik Kota Bharu sertai Walkaton Diraja KelantanSEBAHAGIAN pelajar Politeknik Kota Bharu yang menyertai Walkaton Diraja Kelantan 'Walk With Me' bergambar di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu baru-baru ini. SOKONGAN. Seramai 200 kakitangan dan pelajar Politeknik Kota Bharu (PKB) bermandi peluh menjayakan program Walkaton Diraja Kelantan 'Walk With Me' anjuran Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al Muhammadi yang diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Pegawai Hal Ehwal Pelajar PKB, Mohd. Saiful Azhar Jaafar berkata, tujuan mereka menyertai acara itu bagi memberi sokongan kepada program yang dianjurkan oleh pihak istana Kelantan. Menurutnya, melalui program tersebut, pelajar dan kakitangan PKB berpeluang berjalan kaki bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. "Usaha ini sewajarnya menjadi contoh bagi mengeratkan hubungan antara rakyat negeri ini dengan pemerintah. "Program ini turut menggalakkan budaya hidup sihat dan menjadi satu program ikon tahunan bagi menarik pelancong ke Kelantan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |