Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 329 anggota Pandu Puteri berkhemah di Sungai Lembing
- Kumpulan Ummu Waheeda rai sambutan Hari ibu
- Empat keluarga mangsa ribut terima bantuan
329 anggota Pandu Puteri berkhemah di Sungai Lembing Posted: 329 anggota Pandu Puteri berkhemah di Sungai Lembing
SEMANGAT. Seramai 329 pelajar dan 56 guru menyertai program Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Negeri Pahang 2013 di Sungai Lembing, Kuantan baru-baru ini. Program selama dua hari itu dirasmikan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. Tengku Puan Pahang juga meluangkan masa bersama para peserta melawat terowong Sungai Lembing yang terletak berhampiran tapak perkhemahan itu. Ia merupakan lombong timah yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia yang produktif sekitar tahun 40-an dan 50-an. | |
Kumpulan Ummu Waheeda rai sambutan Hari ibu Posted: Kumpulan Ummu Waheeda rai sambutan Hari ibuSEBAHAGIAN daripada ahli kumpulan Ummu Waheeda bergambar pada jamuan makan tengah hari di Subang Jaya baru-baru ini. KENANG JASA. Seramai 17 orang ahli Kumpulan Ummu Waheeda di bawah naungan Persatuan Penduduk Taman Alam Megah Seksyen 28, Shah Alam telah mengadakan jamuan makan tengah hari sempena Hari Ibu di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya baru-baru ini. Jamuan itu diadakan bagi meraikan ibu ahli-ahli kumpulan berkenaan. Selain jamuan makan tengah hari, majlis itu turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada ibu ahli-ahli tersebut. | |
Empat keluarga mangsa ribut terima bantuan Posted: Empat keluarga mangsa ribut terima bantuanNOH (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan keperluan harian kepada salah seorang mangsa ribut, Sharuddin Mohd. Aini (tengah) di Tanjung Karang baru-baru ini. BANTUAN. Empat keluarga mangsa ribut dan kebakaran di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan daripada Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjung Karang baru-baru ini. Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya juga akan membantu mangsa terlibat membina semula rumah baharu di tapak sama berikutan kediaman mereka musnah hampir 90 peratus. Menurut beliau, kos asas pembinaan sesebuah rumah baharu dianggarkan berjumlah RM10,000 dan ia diberikan mengikut keadaan rumah mangsa. "Pembinaan kediaman baharu ini dijangka dapat disiapkan pada bulan depan dan berharap empat keluarga tersebut boleh segera berpindah," katanya ketika melawat salah sebuah rumah mangsa ribut di kampung tersebut. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |