Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Penulis hina Nabi perlu dikenakan tindakan berat
- Raqib AF9 sertai tilawah al-Quran
- Bangunkan bakat tempatan
Penulis hina Nabi perlu dikenakan tindakan berat Posted: Penulis hina Nabi perlu dikenakan tindakan beratOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR - Perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW terutamanya melalui media sosial adalah perbuatan biadap dan individu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perbuatan itu perlu segera dibendung kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam selain boleh menggugat keharmonian antara agama. Menurut beliau, para penulis media sosial baharu perlu bertanggungjawab atas setiap apa yang ditulis apabila ia menimbulkan ketegangan serta menyinggung agama yang dianuti masyarakat dalam negara. "Penulis media sosial yang sewenang-wenangnya menggunakan medium itu untuk tidak menghormati agama lain perlu menerima risiko tindakan undang-undang yang bakal dikenakan," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2013 di Wangsa Walk di sini semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Zainal Abidin Jaffar. Jamil Khir berkata demikian sebagai mengulas isu dua akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Raqib AF9 sertai tilawah al-Quran Posted: Raqib AF9 sertai tilawah al-QuranOleh KHAIRI MOHAMAD
KOTA BHARU - Bakat bekas peserta rancangan realiti hiburan Akademi Fantasia ke-9 (AF9), Fahrur Raqib Abdul Majid atau lebih popular dengan panggilan Raqib rupa-rupanya bukan sekadar dalam bidang nyanyian tetapi juga dalam bidang tilawah al-Quran. Raqib, 22, memecah tradisi apabila menjadi pelajar pertama daripada rancangan realiti AF menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Balai Islam Lundang di sini malam kelmarin. Beliau yang mewakili Melaka berkata, minatnya yang mendalam terhadap dunia seni tidak menghalang sama sekali untuk mendalami ilmu al-Quran. "Sejak daripada sekolah rendah bermula dari tahun dua lagi, saya telah menyertai tilawah al-Quran dan menjadi johan peringkat negeri dan kebangsaan ketika di alam persekolahan. "Pada masa yang sama, saya amat meminati muzik, disebabkan itu saya menyertai kumpulan nasyid dan sebaik sahaja tamat persekolahan saya menyertai AF9 dua tahun lepas untuk mengembangkan minat saya dalam muzik. "Apabila terkeluar daripada AF, saya meneruskan kembali mendalami ilmu al-Quran dan bagi saya tidak salah untuk menyertai tilawah serta bergiat dalam bidang seni," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Bangunkan bakat tempatanOleh JUNHAIRI ALYASA KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta industri minyak dan gas memainkan peranan lebih besar dalam usaha membangunkan modal insan menerusi kerjasama dan perkongsian dengan kerajaan. Perdana Menteri berkata, peranan yang boleh dilakukan ialah dengan mewujudkan institusi teknologi khusus seperti penghasilan bahan kimia istimewa dan kerjasama dengan institusi pendidikan untuk membangunkan bakat tempatan. "Pelaburan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada satu sektor tetapi akan memberi kesan kepada ekonomi yang lebih luas. Pelaburan dalam inovasi dan kajian sering menghasilkan kesan berganda yang positif," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam acara tahunan Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) 2013 kali ke-17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam. AOGC 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin bertemakan 'Dunia Kita, Tenaga Kita, Masa Depan Kita' bertujuan mengiktiraf secara positif bagaimana keseimbangan dapat diwujudkan antara ekonomi, alam sekitar dan sosial ketika melakukan sebarang keputusan membabitkan perniagaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |