Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Wanita bersumpah tipu majikan
SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif akaun wanita sebuah syarikat logistik semalam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 489 pertuduhan pecah amanah membabitkan cek bernilai RM647,445.37 milik bekas majikannya. Mai Shahira Ishak, 36, turut bersumpah melakukan jenayah itu. "Saya sumpah ini adalah kes pertama dan terakhir saya... saya juga menghidap penyakit asma," katanya sambil menangis. Tertuduh yang berasal dari Klang, Selangor membuat pengakuan itu di depan Hakim Aslam Zainuddin. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lorong Batu Nilam 1A, Bandar Bukit Tinggi, Klang antara 31 Disember 2011 dan 30 Januari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun, sebatan serta boleh didenda jika bersalah. Mengikut pertuduhan, Mai Shahira melakukan pecah amanah dengan membuat pembayaran menggunakan 489 keping cek bernilai RM647,445 kepada Maidina Othman Trading milik Saidina Azzuanira Saidina Othman yang diketahui oleh tertuduh tiada hubungan perniagaan dengan majikannya, UTI Worldwide (M) Sdn. Bhd. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Angkara hina Sultan JohorOleh MAZLINA ABDUL MAJID
JOHOR BAHRU – Seorang eksekutif di sebuah syarikat pembinaan diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dengan kata-kata kesat melalui laman sosial Facebook (FB) pada Oktober tahun lalu. Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28. Ahmad yang bekerja di RD Resources Sdn. Bhd. dan beralamat di Nombor 3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi FB di alamat Internet Protokol (IP) 175.139.168.216 melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371. Tertuduh yang menggunakan nama profil Zul Yahya dalam akaun Facebook secara sedar telah memulakan penghantaran komen yang jelik terhadap Sultan Ibrahim. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Bujang Bakong 500kg kecundangOleh MULLER ASEN PENDUDUK kampung melihat bangkai buaya yang dipercayai membaham seorang pekerja balak di Sungai Karap, Bakong, Miri semalam. BAKONG - Bujang Bakong, seekor buaya sepanjang lima meter dan seberat 500 kilogram (kg) yang dipercayai membaham seorang pekerja balak yang sedang membuang air besar di Sungai Karap, Bakong, Miri, Sarawak bulan lalu berjaya ditangkap di sini semalam. Reptilia yang diburu sejak tiga minggu lalu itu berjaya ditewaskan dengan menggunakan umpan daging babi yang dijampi pawang buaya di tebing sungai tersebut pada pukul 6 pagi. Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superitendan Tamin Emperang berkata, Bujang Bakong ditangkap kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa, Irwanshah Radin, 26, dibaham pada 25 Mei lalu. Menurutnya, kira-kira 10 orang termasuk anggota polis dan Jabatan Hutan Sarawak terpaksa menarik buaya tersebut dengan menggunakan tali sebelum diangkat dengan jentolak ke darat. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |