{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Negara

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Negara


ADUN Kuala Besut meninggal dunia

Posted:

ADUN Kuala Besut meninggal dunia

ADUN Kuala Besut meninggal dunia

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

AZIZAH menyiram air mawar ke atas pusara suaminya, A. Rahman di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut semalam.


KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam akibat kanser paru-paru.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman berkata, A. Rahman, 55, dimasukkan ke HSNZ pada Khamis lepas dan ADUN berkenaan tidak sedarkan diri sepanjang dirawat di hospital tersebut, namun keadaannya stabil sejak beberapa hari lalu.

"Arwah yang diberi bantuan pernafasan sepanjang dirawat, bagaimanapun mula tenat pagi tadi (semalam) sebelum meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi," katanya.

Sementara itu, balu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri itu, Azizah Nik Omar, 53, memberitahu, suaminya banyak merahsiakan keadaan kesihatannya daripada keluarga.

Katanya, A. Rahman hanya memberitahu yang dia mengalami masalah paru-paru sejak enam bulan lalu tetapi tidak menyatakan secara jelas mengenai penyakit tersebut.

"Arwah juga sudah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mac lalu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSNZ semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM yakin rakyat Malaysia matang

Posted:

PM yakin rakyat Malaysia matang

PM yakin rakyat Malaysia matang

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

NAJIB berjalan masuk ke bangunan Parlimen untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkataan 'rakyat' untuk melahirkan ketidakpuasan hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak gentar dengan ungkapan Malaysian Spring bagi membayangkan usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan kepimpinan negara melalui demonstrasi dan rusuhan jalanan.

Begitupun, ujarnya, jika tindakan oleh pihak berkenaan melangkaui batas perundangan dan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk bertindak agar kedaulatan dan kesejahteraan negara terus dihormati.

"Kerajaan meyakini kematangan dan kebijaksanaan rakyat Malaysia. Mereka telah diberikan hak dan tanggungjawab dalam memilih kepimpinan negara dan negeri pada pilihan raya yang lalu dan mereka telah menunaikannya," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Aplikasi myKPDNKK dilancar

Posted:

Aplikasi myKPDNKK dilancar

Aplikasi myKPDNKK dilancar

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


HASAN menekan iPad sebagai simbolik pelancaran aplikasi myKPDNKK di Putrajaya semalam. Turut hadir (dari kiri), Saripuddin, Ahmad Bashah dan Omar.


PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam melancarkan aplikasi myKPDNKK bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta perkhidmatan yang disediakan kementerian dengan mudah dan cepat.

Aplikasi yang merupakan inisiatif kementerian dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) itu menawarkan enam modul perkhidmatan kepada orang ramai.

Modul-modul itu ialah Modul Pengguna, Modul Peniaga, Modul Maktab Koperasi Malaysia (MKM), Modul Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Modul Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Modul Price Watch.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, aplikasi tersebut boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar dan komputer tablet yang mempunyai aplikasi App Store dan Google Play dengan percuma.

Katanya, aplikasi myKPDN- KK ini dibangunkan bagi memudahkan orang ramai mencapai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kementerian dengan mudah, cepat dan selesa pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat