Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Menyorok selepas hina Agong
- Buang 129 tan makanan sehari
- Rakyat Malaysia maut ketika misi mendaki Gunung Everest
Posted: Menyorok selepas hina AgongOleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang wanita Cina berusia 32 tahun yang dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman Facebook miliknya semalam. Kosmo! difahamkan, suspek merupakan pengurus pemasaran sebuah syarikat kosmetik antarabangsa. Dia merupakan graduan Universiti Macquire, Australia yang pernah menuntut di Kolej INTI, Pulau Pinang. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, wanita tersebut ditahan di Taman Nirwana, Ampang, Selangor pada pukul 9.30 pagi. Beliau berkata, polis turut meminta empat lagi individu iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil bagi membantu siasatan. "Tangkapan tersebut dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Wanita tersebut kini disiasat di Balai Polis Dang Wangi di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Buang 129 tan makanan sehariOleh ZAKI SALLEH PEGAWAI CAP, N.V. Subbarow menunjukkan sebahagian daripada makanan yang dibuang oleh beberapa restoran di George Town semalam. GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa sebanyak 129,769 tan makanan dibazirkan setiap hari oleh penduduk di negeri ini pada tahun lalu. Presidennya S.M. Mohamed Idris (gambar kecil) berkata, ini berdasarkan kira-kira 45 peratus daripada 288.377 tan sisa pepejal yang dikutip Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari kawasan isi rumah setiap hari adalah sisa makanan. Katanya, angka yang cukup besar itu menunjukkan sikap boros penduduk dan ia satu pembaziran yang melampau. "Jumlah itu tidak termasuk kira-kira 10 peratus daripada makanan bermasak di beberapa buah restoran dan syarikat katering yang dibuang setiap hari kerana tidak dimakan atau tidak habis. "Kajian CAP juga mendapati kira-kira 10 peratus lagi makanan yang telah dipesan pelanggan di restoran tetapi tidak dimakan pula berakhir sebagai sisa makanan dan dibuang ke dalam tong sampah," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2013 bertemakan 'Fikir, Makan dan Jimat' di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Rakyat Malaysia maut ketika misi mendaki Gunung Everest Posted: Rakyat Malaysia maut ketika misi mendaki Gunung EverestOleh NUR AISHAH MOHD. AMIN PUTRAJAYA – Seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal akibat penyakit akut ketinggian (AMS) ketika mengikuti misi itu di Nepal kelmarin. Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari (gambar), 25, yang merupakan Penolong Jurutera PPj manakala seorang lagi pendaki, Mohd. Yazrul Ekhzan Yahya dilaporkan dalam keadaan kritikal. Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat PPj, Zaharah Salamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai keadaan Mohammad Shahrulnizam pada pukul 1.30 petang dan usaha telah dilakukan untuk membawanya turun ke Kathmandu. "Sebaik sahaja menerima maklumat ini, PPj telah menghubungi Wisma Putra untuk membantu menyelaras usaha menyelamat bersama Pejabat Perwakilan Malaysia di sana dan diberitahu bahawa cuaca buruk menghalang usaha tersebut. "Usaha membawa mangsa turun gagal kerana cuaca buruk dengan awan tebal menghalang penerbangan helikopter ke lokasi kejadian. "Klinik perubatan terdekat di Phericche pula telah ditutup kerana musim pendakian utama telah tamat," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |